Thursday, January 12, 2012

Peritoneal Dialysis


Assalamualaikum wbt.. {。^◕‿◕^。}


Definisi
Peritoneal dialysis adalah satu proses dialysis yang melibatkan beberapa kitaran ulangan untuk membetulkan imbangan cecair dan elektrolit dan mengeluarkan bahan kumuh atau dadah yang biasanya disingkir keluar oleh renal melalui satu PVC kateter yang dimasukkan ke dalam ruang peritoneum.

Indikasi
-Acute Renal Failure dan Chronic Renal Failure.
-pesakit yang mengambil racun overdose. contohnya;paraquat dan salycylate.
-Fluid overload dalam badan, ketidakseimbangan cecair dan elektrolit yang tidak boleh dikawal dengan rawatan biasa.
-pesakit yang mengalami Acute Diffused Peritonitis dan Acute Hemorrhagic Pancreatitis.

Tujuan
·         mengeluarkan bahan kumuh dari proses metabolisma dan bahan toksik yang lain.
            Contohnya;-urea,creatinine,asid uric,kalium,fosfat dan sulfat.
·         Mengawal keseimbangan cecair dan serum elektrolit yang selamat.
·         Mengeluarkan cecair yang berlebihan dari badan.

Jenis solution
·         1.5% dextrose  (isotonik)
·         4.25% dextrose (hypertonik)


Komplikasi
·         Peritonitis
-inflamasi pada selaput peritoneum.
-infeksi berlaku melalui luka tembusan semasa kemasukan kateter dan kerap kali mengubah posisi kateter.

·         usus tertembus
-berlaku semasa kemasukan kateter

·         pundi kencing tertembus
-berlaku semasa kemasukan kateter.

·         Pendarahan
-biasanya sedikit sahaja di sekeliling kateter
-pendarahan yang serius mungkin akibat daripada usus tembus.

·         sakit abdomen
-iritasi pada rectum dan pundi kencing oleh kateter.
-sifat cecair dialysis yang berasid
-peritonitis
-cecair dialysis yang sejuk
-pengaliran cecair dialysis yang terlalu laju ke dalam peritoneum.


sumber : nota nursing semester 5









Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

  1. Pergh. Nota serbaguna neh. :D

    ReplyDelete
  2. oo camtu...(ceh mcm paham jep) heh heh heh....^^ nurse ke akak ni...?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE