Thursday, January 12, 2012

‘Nanti beta datang lagi’




IPOH: Tindakan seorang lelaki yang memecah masuk beberapa rumah penduduk sebelum meninggalkan nota misteri dan seluar dalam yang sudah dipakainya, menggemparkan penduduk sekitar Gunung Rapat dan Taman Silibin, di sini.
Lelaki itu didakwa sengaja menakutkan-nakutkan penduduk kerana kandungan nota yang diletakkan memaklumkan dia akan datang semula ke rumah mangsa pada lewat malam.
Setakat ini, tiga gangguan dikesan dilakukan suspek di sekitar kawasan berkenaan termasuk kejadian terbaru, membabitkan rumah seorang pensyarah wanita di Gunung Rapat, semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nonie, 37, berkata dia hanya menyedari rumahnya diceroboh suspek ketika bangun daripada tidur untuk menyiapkan persekolahan anaknya pada jam 6 pagi.

Menurutnya, pembantu rumah yang menyediakan sarapan di dapur memberitahu dia mendapati ada kertas diselitkan di bawah pintu belakang rumah.

sumber : metro


kenapa la orang Malaysia sekarang makin pelik?? somthing wrong somewhere?




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. x ade benda lain ke nak bagi????ade ke patut..lawak der..

    ReplyDelete
  2. hahahaa..lawak btul.. tulisan pun tak paham..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE