Tuesday, January 31, 2012

Lihat Asteroid malam ini!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



WASHINGTON 30 Jan. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah mengenalpasti satu Asteroid mempunyai saiz yang sama dengan sebuah bas sedang menghampiri bumi.
Walaubagaimanapun pihak NASA menjelaskan ianya tidak mendatangkan ancaman kepada bumi disebabkan kedudukan asteroid tersebut  yang dilihat berada antara orbit Bumi dan bulan.Pihak sainstis Badan Aeroangkasa rujukan dunia tersebut turut melaporkan jenis asteroid tersebut iaitu 2012 BX34 bersaiz 11 meter dan telah melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km).“Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California.Laporan ini turut mendapat perhatian para sainstis berkaitan yang telah mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindakbalas dengan ancaman dari asteroid bermula dari minggu lepas.Mereka sepakat menubuhkan Projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat.


p/s : pada malam ini dijangka asteroid tersebut berada paling dekat dengan Bumi..
lihat asteroid yang paling hampir dengan bumi pada 3 pagi atau jam 11-12 malam ini jika langit cerah..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

15 comments:

  1. Tanda2 kekuasaan Allah...kadang2 takut gak ngan benda2 mcm ni..huhu

    ReplyDelete
  2. kalau asteroid boleh buat hajat tak kak ?? agaggaa

    ReplyDelete
  3. Cik Oda- camtu gak..tak tau la bila masanya kan..

    Sadilla- baik buat solat hajat..minta jauhkan dan minta diampunkan segala dosa..

    ReplyDelete
  4. nak jugak tengok la.. =.=

    ReplyDelete
  5. wahh..thnx for the information..mmg teringin nak tgk astroid..huhu ;)

    ReplyDelete
  6. penjual raflesia- silakan menunggu ya..:)

    ReplyDelete
  7. Alahhh terlepas .. sy lepas isyak terus tido :(

    ReplyDelete
  8. salam;
    macam tengok anak bulan jugalah tu agaknya..

    ReplyDelete
  9. fuyoooooooooo

    tak pernah tahu pun:(

    ReplyDelete
  10. subhanallah..... kekuasaan Allah

    ReplyDelete
  11. saya dah vote ke-23 blog ni. harap awak vote blog saya saluran07.blogspot.com kategori best auto blog di http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 undian arra amat saya hargai! trima kasih..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE