Sunday, January 15, 2012

Dressing

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Dressing adalah satu tatacara steril yang di lakukan pada bahagian luka pesakit dengan menggunakan ubat  atau tanpa ubat untuk membersihkan luka, memberi perlindungan dan sokongan pada luka agar mengalakkan penyembuhan.


Tujuan Dressing 

·    Melindungi luka daripada kecederaan mekanikal, tercemar oleh kekotoran serta tercemar oleh mikroorganisma dan mencegah infeksi

Menggalakkan penyembuhan luka dengan ubatan yang di gunakan

   Menyerap sekresi , nanah, serous, dan darah dengan memastikan luka sentiasa kering untuk mempercepatkan proses penyembuhan

Mengeluarkan bendasing dan tisu-tisu mati

 Memberi keselesaan fizikal dan mental agar pesakit tidak takut melihat luka


Prinsip-prinsip melakukan dressing

1.       Mengekalkan steriliti
   Troli dressing mestilah di cuci dan di lapkan dengan disinfectant sebelum digunakan

  Gunakan alatan steril dan pastikan dengan menyemak tape autoclave

   Membasuh tangan dengan teliti secara surgikal

 Tangan dan peralatan yang digunakan mesti kering, jika basah ia di anggap tercemar


2.       Kebersihan sekeliling
Tentukan mikroorganisma di udara pada peringkat yang minima dengan skrinkan pesakit untuk memberikan privasi dan kurangkan dedahan serta menutup kipas dan tingkap


3.       Elak rebakan mikroorganisma
   Jangan dedah luka terlalu lama untuk mengurangkan pencemaran

   Pakai mask, glove steril dan gown


4.       Selepas dressing
Tutup luka dengan sempurna

   Pastikan pembebat cukup besar
    
  Tanggalkan tanda-tanda plaster dengan ether


Jenis-jenis dressing


Ø  Closed dressing
- dimana selepas di cuci, luka di tutup dengan pembebat

Ø  Open dressing
-luka tidak di tutup, malah di dedah untuk keringkan luka. Luka kering, mikroorganisma gagal merebak dan luka cepat sembuh  

Ø  Dry dressing
-luka yang tiada sekresi dan bersih
-cuci dengan antiseptik dan tutup dengan gauze kering
 -contohnya luka pembedahan

Ø  Wet dressing
-luka yang berinfeksi, ada nanah,serous dan tisu-tisu mati
-cuci dengan antiseptik, tutup dengan gauze steril yang di basahi dengan antiseptik/povidone      iodine mengikut arahan doktor

Ø  Dressing transparent
-untuk menilai keadaan luka
-cuci dengan antiseptik, tutup dengan op-site spray

Ø  Packing/wick dressing
-bagi luka yang bersaluran/fistula/lubang
-luka di cuci dengan antiseptik, gauze basah dengan antiseptik di sumbat ke dalam saluran luka

Ø  Sofratulle dressing
-luka di cuci bersih dan di bebatkan dengan sofratulle. Duoderm hyperaktif gel di gunakan untuk mengalakkan granulasi tisu dan penyembuhan luka

Ø  Pressure dressing
-satu bulky dressing atau pembebat di letakkan di kawasan luka dengan tekanan tangan yang berglove, kemudian lakukan pressure bandage atau letakkan air inflated splint
-perlu pemerhatian berterusan untuk memastikan keberkesanan dengan menyekat pendarahan



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. terima kasih.. info yang sangat berguna untuk i/v sy esk :)

    ReplyDelete
  2. thanks... sangat membantu untuk interview saya esk :)

    ReplyDelete
  3. membantu sangat, i think perlu tambah " peralatan dan tatacara prosedure"

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE