Friday, January 13, 2012

Hari pertama yang sukar!

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

(ini kisah aku pada hari pertama praktikal di A&E)


Aku ditempatkan di Jabatan Trauma dan Kecemasan (A&E) pada 24 September 2011 untuk praktikal. Pada hari tersebut aku bekerja shif pagi bersama 10 orang rakan sekumpulan. Aku bersama 3 orang rakan ditugaskan di yellow zone.

            Pada pagi itu, setelah menulis nama di buku kedatangan,aku menuju ke yellow zone bersama rakan yang bertugas ditempat yang sama.Terasa agak berlainan kerana suasana agak berbeza dari dalam wad kerana tiada report dibaca. Pada mulanya aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan kerana tidak biasa. Kami bertanya Jururawat Masyarakat yang bekerja disitu. Kami diminta menukar linen (kainan) kerana telah kotor.Selain itu,kami juga diminta untuk mengemas dan mengambil barang-barang yang tidak cukup untuk diletakkan di troli.

            Apabila terdapat pesakit,aku memeriksa tanda vital, melakukan Electrocardiogram (ECG) dan lain-lain seperti yang diarahkan oleh doktor. Pada jam 10.15 pagi, seorang pesakit perempuan masuk dengan aduan Short of breathness (SOB).Aku difahamkan pesakit menghidap Bronkiol Asthma. Aku memeriksa tanda vital pesakit tersebut seperti biasa yang aku lakukan apabila pesakit masuk ke yellow zone. Selesai memeriksa tanda vital pesakit, aku diarahkan untuk memberi ubatan prednisolone dan juga IV Bricanyl. Namun,kemudiannya doktor menyatakan yang pesakit refuse untuk kemasukan branula ataupun diberi suntikan.

            Kemudian,aku diarahkan untuk memberi sedutan nebulizer kepada pesakit. Aku membawa pesakit ke Asthma Bay untuk pemberian nebulizer diiringi oleh suami pesakit tersebut. Apabila tiba disitu,aku dapati mask untuk pemberian nebulizer telah tiada.Jadi aku meminta supaya pesakit menunggu sebentar sementara aku mencari mask tersebut. Memandangkan aku baru saja bekerja disitu,aku tidak tahu dimana aku boleh mendapatkannya, aku mencari di yellow zone namun mask tersebut tiada .Selepas itu,aku mencari di red zone dan diberi 3 set oleh kawan yang menjaga disitu

            Setibanya aku di Asthma Bay,aku menyediakan ubatan untuk memberi sedutan nebulizer kepada pesakit. Namun,tiba-tiba pesakit mengadu yang dia rasa mahu pitam dan berada dalam keadaan tunduk. Aku  memanggil doktor yang kebetulan lalu dikawasan itu. Doktor bertanya pada aku kenapa hal tersebut boleh terjadi. Aku memberitahu yang aku tidak sempat memberi sedutan nebulizer kepada pesakit. Aku dimarahi dan dikatakan lambat memberi perawatan.Kemudian,doktor memanggil bantuan untuk membawa pesakit ke yellow zone semula.

            Doktor tersebut mengarahkan aku memberi oksigen ,memeriksa tanda vital dan melakukan ECG. aku melakukannya bersama salah seorang rakan. Aku rasa bersalah dan menjaga pesakit tersebut sehinggalah pesakit tersebut dihantar ke wad. aku sempat meminta maaf dari pesakit tersebut diatas kesilapan aku kerana lambat memberi perawatan.

p/s: ayat BOLD, sila tanya pak cik google



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. Sabo je la.. hari2 esok macam mana la pulak kan. Mesti sentiasa ingat hari pertama tu..

    ReplyDelete
  2. warghhh banyaknya nama2 saintifik hohoho..ara nurse kat mana yer..

    ReplyDelete
  3. asthma yg teruk ni boleh sbb kematian,,tp apa nk wat kita bukan biasa tmpt baru ni kan,,so staff la yg patut pantau,,bukan biar 100%,,lg2 kecemasan,,mujur pt selamat,,

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE