Thursday, July 23, 2020

PENGALAMAN ANAK KENA SCABIES

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Scabies..bunyi pun menakutkan..tapi, itulah..dah terkena kan..apa nak buat..
Ada orang kata ni penyakit budak asrama..kalau seorang yang kena..mesti berjangkit..

Berasal dari sejenis hama nama dia   Sarcoptes scabiei.. 

Okey, ceritanya seminggu sebelum naik sekolah lepas PKPP itu hari..aku dah perasan dah..tangan si yaya ade macam kudis..tapi kecik jadi ingatkan macam kudis biasa .maklumlah anak aku tu kalau petang-petang..macam-macam yang dia main dengan anak jiran.

Aku tak sapu ubat pun..sekadar mandi dengan sabun biasa seperti hari-hari sebelumnya..Lepas 2 hari, aku tengok dah makin banyak bintik-bintik berisi air dan yaya pun asyik menggaru je kerjanya..

Duk belek-belek..ish, lain macam..masa tu dah terdetik ni macam scabies a.k.a kudis buta..masa tu aku dah salahkan diri sendiri sebab kat rumah memang sharing tuala dan baru sahaja memelihara 2 ekor arnab..budak-budak pun memang main arnab tu dah macam kucing..haih!


Disebabkan aku keje hospital, aku pun snap la gambar tangan dia tu..then tunjuk kat doktor..sah! Ni scabies ni kak..takpe-takpe, saya bagi EBB..So, itu hari aku balik dengan EBB untuk dak yaya..

Malam tu..suruh abahnya sapu EBB tu..fuh, menjerit wei..katanya pedih..mungkin kesan dari dia garu tu..dah basuh pun still dia kata pedih..2 malam sapu tu untuk 24jam..tapi, malam kedua dah kurang pedih sebab satu hari aku duk pesan jangan garu..kebetulan hari tu aku cuti..jadi keje aku mengingatkan dia je jangan garu!!

Hari kedua lepas sapu EBB..macam langsung takde kesan malah semakin banyak..gambar kat atas tu adalah lepas 2 malam sapu EBB..dah makin merebak ke bahu dan kaki..

Aku pulak terpaksa lah sambung lagi 3 hari cuti untuk menjaga diorang ni sebab tak boleh nak hantar ke rumah pengasuh..takut berjangkit pulak..

Tiga hari cuti tu aku bantai basuh dan  gulung semua karpet (karpet kat rumah memang banyak..sebab memang suka membeli..hahaha). Basuh semua tuala,baju..jemur bawah panas..Ada orang suka rendam air panas atau pakai dryer machine..tapi, aku bukan jenis rajin..so, aku beli je sabun jenama TOP..katanya anti dust mite..so, kira boleh pakai la..tiap kali basuh baju..aku cuci sekali filter kat mesin basuh tu..

Aku pakai sabun ni

Dekat tempat letak softlan, aku letak dettol..haha..biar mampus kau hama!!

Penat memang sangat penat..lantai mop 2 kali sehari..aku guna germisep..order online..ni memang sentiasa ada kat rumah sejak musim covid 19 bermula..kalau takde, boleh pakai clorox..same la tu..tapi,jangan plak korang mop tempat yang turun kaler..

Dah yaya pulak..aku pun takde idea nak sapu ape bagi elok..then, aku teringatkan losyen Ascabs..


Seingat aku, pegawai pemasaran Ascabs ni pernah datang hospital ni buat review produk dia..so, cepat-cepat beli losyen ni..malam tu terus apply kat yaya..losyen ni pun sama..apply malam, pg esok baru mandi..aku pakaikan 2 malam kat yaya..adik-adik dia sekali aku pakaikan satu badan.. Lepas mandi pagi aku sapu cream bethamethasone yang beli dekat farmasi..


Kalau tak tahan gatal, aku bagi dia telan piriton..bila perlu je..contoh tengah malam tak boleh tidur sebab terlalu gatal baru bagi dia telan..



Selepas 2 malam..aku tengok dah tak merebak dah kudis dia..tapi, kesan-kesan kudis kat kulit masih ada..aku ingat aku zaman kecik-kecik dulu kalau ada kudis, mak aku cari daun gelenggang cmpur minyak tanah..sental pada kudis tu..tapi, sekarang dah canggih wei..aku beli sabun dan krim daun gelenggang..sabun buat mandi, krim sapu lepas mandi..yaya kata best sebab berangin..ada losyen sekali..bila gatal je apply..



Dalam waktu yang sama juga aku mandikan dia dengan sabun neem & tumeric himalaya..ni kawan aku orang india yang kata..letak kunyit cepat baik...tapi, kalau letak kunyit hidup nanti kuning plak nampak tak lawa..hahaha..jadi, beli je yang dah jadi sabun..
neem maksudnya daun mambu..pun boleh hilangkan gatal merenyam dia..dengan aku-aku sekali pun pakai..sebab, dia punya gatal tu xleh bawak bincang..



Dedua ni aku pakaikan kat dia..potong kecik-kecik sebab boleh pakai lama sikit..jimaattt bukan kedekut ya..hahaha.

2 hari apply semua ni dah nampak kering sikit kudis dia..


Dalam hati dah gembira..berbaloi la ambik cuti..haha..baju-baju yang dah basuh aku spray dengan febreze anti bacteria warna oren, sofa-sofa,tilam semua..aku spray dengan ridsect..lepas tu..spraykan dettol direct..masukkan dettol pure dalam botol spray..pastu spray kat tilam-tilam semua..Ada orang suruh spray dengan tea tree oil..tapi, aku tak suka sebab berminyak..perabot-perabot pulak aku lap guna clinelle..kebetulan ada dari start covid 19 lagi..

Then lepas tu, aku continue je mandikan dia dengan sabun neem tu..sapu cream daun gelenggang semua..hari ke 2 sapu semua tu dah nampak bintik-bintik kudis dah kecut dan ada yang dah hilang





So, itulah ceritanya..lepas ni continue je ubat tu sampai baik sepenuhnya..ada orang cakap, scabies takkan baik bertahun-tahun..pada aku, kalau rajin usaha, pasti akan berjaya..hahaha..

Sejak yaya kena serang scabies, kat rumah dah ada macam-macam sabun..




Ni semua ubat-ubat dan sabun yang sepatutnya ada bila anak atau korang sendiri kena scabies..kalau jenis kulit korang kering bila kena sabun, boleh apply aquous cream..tapi untuk yaya, cukup dengan losyen dan krim daun gelenggang tu..dan..mak-mak kena rajin basuh kain baju, cadar tempat tidur dan tuala dia..

Hope korang pun cepat sihat dan terhindar dari penyakit ni..

Go scabies from my life!!! ;) 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, March 6, 2019

PETUA HILANGKAN RUAM SUSU / KURAP SUSU BAYI

Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Mesti ramai mak-mak yang risau bila tengok pipi anak yang baru lahir kemerahan dan seperti ada kulat kan..Jangan risau..tu bukan ekzema ke apa..Yang aku tengok, semua cakap tu tanda-tanda awal ekzema..

Tidoklah seperti itu ya mak!

Walaupun kebanyakan mak-mak ni tahu yang kurap susu atau ruam susu ni tak bahaya..tapi macam sakit hati je sebab muka anak tak lawa, tak licin kan..Nak pergi jalan-jalan pun segan..hahaha

Aku dapat tahu petua ni masa hantar anak no 2,Yaya dekat pengasuh..hantar dengan ruam susu penuh di pipi..dengan ruam satu badan. Yang pasti Yaya ni memang tak tahan panas..Kalau tak, ruam dia akan bertambah-tambah..Dekat rumah 3-4kali mandikan dia..

Macam yang aku cerita..2 hari lepas hantar dekat pengasuh, aku perasan ruam tu macam dah kurang..padahal rumah pengasuh tu boleh tahan panas juga berbanding rumah aku..so, mula la proses merisik tanya..hihi. Akak pengasuh tu pun cakap lah yang lepas mandikan Yaya dia taruk minyak johnson satu badan termasuklah muka Yaya..aku be like "ooooo..." hahaha!

Jadinya, selepas 5 hari pipi yang penuh ruam susu tu dah hilang..dah jadi licin mulus.. Sampai sekarang, anak-anak aku aku mandikan dengan minyak lepas mandi..no wonder la orang india suka letak minyak kat baby baru lahir..ye dak.. :)

Kalau nak guna minyak vco pun takde hal..Lagi satu Minyak Bayi Mamaherbs pun bagus...memang itulah petua paling berkesan dan cepat berbanding ubat steroid, tepung ubi dan sebagainya..

Dan, lepas menyusu tu kena lap air susu yang kena pipi & jangan biarkan baby tonyoh semua air liur dia kat pipi..yang ni mak kena rajin-rajin lap..

See u! Selamat beramal :)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE