Tuesday, March 13, 2018

Postbasik Kebidanan Untuk Jururawat

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Settle satu bab dalam kerjaya..Update diri sendiri dan cabar diri sendiri untuk sambung dalam kursus pengkhususan kebidanan. (Dah boleh sambut baby! Yeay!)

Susah ke belajar Midwifery? 

Soalan yang paling susah aku rasa nak dijawab..haha..
So far setahun aku rasa memang agak mencabar la untuk penuhi segala kehendak dan silibus pembelajaran..

Kalau time ada asignment tu memang kalau bapak mertua kau depan mata pun kau tak layan la..gitu la umpamanya..hahah!

Asignment memang banyak..tak usah cakap, tidur 2,3 pagi biasa. Tapi..yang best kan..
Bila kau sambut baby!! Perasaan bangga, syok dapat bawa satu nyawa ke dunia..paling sebak bila dengar bapak dia azankan atau iqamatkan baby..sayu beb!

Proses bersalin yang payah, yang senang semua kau dapat tengok dan handle sendiri..satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Masa tu kau akan tahu..patutlah syurga dibawah tapak kaki ibu..besar pengorbanannya nak lahirkan baby..

Dan tak semua lelaki sanggup nak handle wife dia masa bersalin..samada pengsan atau hilang sabar..kihkih! 

So, syukurlah jadi perempuan :)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE