Wednesday, March 6, 2019

PETUA HILANGKAN RUAM SUSU / KURAP SUSU BAYI

Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Mesti ramai mak-mak yang risau bila tengok pipi anak yang baru lahir kemerahan dan seperti ada kulat kan..Jangan risau..tu bukan ekzema ke apa..Yang aku tengok, semua cakap tu tanda-tanda awal ekzema..

Tidoklah seperti itu ya mak!

Walaupun kebanyakan mak-mak ni tahu yang kurap susu atau ruam susu ni tak bahaya..tapi macam sakit hati je sebab muka anak tak lawa, tak licin kan..Nak pergi jalan-jalan pun segan..hahaha

Aku dapat tahu petua ni masa hantar anak no 2,Yaya dekat pengasuh..hantar dengan ruam susu penuh di pipi..dengan ruam satu badan. Yang pasti Yaya ni memang tak tahan panas..Kalau tak, ruam dia akan bertambah-tambah..Dekat rumah 3-4kali mandikan dia..

Macam yang aku cerita..2 hari lepas hantar dekat pengasuh, aku perasan ruam tu macam dah kurang..padahal rumah pengasuh tu boleh tahan panas juga berbanding rumah aku..so, mula la proses merisik tanya..hihi. Akak pengasuh tu pun cakap lah yang lepas mandikan Yaya dia taruk minyak johnson satu badan termasuklah muka Yaya..aku be like "ooooo..." hahaha!

Jadinya, selepas 5 hari pipi yang penuh ruam susu tu dah hilang..dah jadi licin mulus.. Sampai sekarang, anak-anak aku aku mandikan dengan minyak lepas mandi..no wonder la orang india suka letak minyak kat baby baru lahir..ye dak.. :)

Kalau nak guna minyak vco pun takde hal..Lagi satu Minyak Bayi Mamaherbs pun bagus...memang itulah petua paling berkesan dan cepat berbanding ubat steroid, tepung ubi dan sebagainya..

Dan, lepas menyusu tu kena lap air susu yang kena pipi & jangan biarkan baby tonyoh semua air liur dia kat pipi..yang ni mak kena rajin-rajin lap..

See u! Selamat beramal :)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    saya sudah follow anda #2832

    Jom follow blog saya lansung klik profil

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE