Assalamualaikum wbt.. {。^◕‿◕^。}
Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan. Reflective practice merujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadian tersebut. Reflective practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang persepsi atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalaman setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran teori.
Reflective practice ini diperolehi semasa sesi praktikal di wad samada melalui pengalaman sendiri atau pengalaman rakan. Mengumpul dan berkongsi pengalaman dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri.Ianya juga merupakan satu cara meningkatkan kemahiran profesional dan prestasi masa depan dengan menilai keadaan dan kesilapan-kesilapan telah ditekankan dalam banyak profesion termasuk bidang kejururawatan.
Kaedah-kaedah untuk melakukan reflective practice adalah melalui catatan peristiwa di dalam diari. Kejadian yang berlaku direkodkan dengan ringkas.Selain itu,latihan pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan juga dapat dilakukan. Andaian dikenalpasti dan di ases berkait dengan sistem kepercayaan seseorang.Isu-isu dari pandangan serta teori yang berkaitan diteliti untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik.
Selain itu juga, sokongan dari rakan sekumpulan dan dari pengajar juga membantu dalam melaksanakan reflective practice dimana ia turut membantu pelatih dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan meningkatkan pengetahuan agar pelatih dapat mempelajari sesuatu melalui reflective practice tersebut.
Terdapat pelbagai kelebihan amalan reflektif terutamanya menunjukkan bagaimana dan bila tindakan sedemikian seharusnya digunakan oleh jururawat-jururawat untuk pembangunan profesional selanjutnya. Amalan profesionalisme juga berkembang melalui amalan reflektif,
Amalan reflective practice ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico-legal ke atas jururawat contohnya jururawat mendokumentasikan dengan betul, melaporkan kejadian abnormal kepada doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consent telah ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut ‘Standard of Procedure’ yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi.
Menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.
Clift, R.T., Houston, W.R., & Pugach, M.C., eds. (1990), Encouraging reflective practice in education: An analysis of issues and programs. New York: Teachers College Press.
huu..jd nurse susah ... nak try jd la :D
ReplyDeleteHai nak tanya... ada contoh reflektif practise ka???? nak pinjam...
ReplyDeleteingtkan dh jd jp sem 6 xpyh bnyk nt keja2 mcm ni. lbh kurg mcm research jgk ni..haii..
ReplyDelete