Tuesday, January 24, 2012

Otak aktif semasa bosan



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

selamat petang...aku mengharungi lagi hari-hari yang penuh dengan kebosanan..
tapi,dalam kebosanan tersebut...aku terjumpa satu artikel..

otak aktif semasa bosan

ya,aku setuju sangat dengan fakta tersebut..sebab.bila kita bosan baru akan berlaku perkara-perkara menarik atau kita boleh hasilkan benda-benda yang kreatif..
kalau kita tak bosan..semua yang dihasilkan menjadi tidak berkualiti..

dan aku juga percaya..korang semua update blog bila bosan..kerana..apabila bosan.lebih banyak idea yang dihasilkan..

patutlah korang punya update tu gempak-gempak kan?hehe
cukup-cukup..ni ha nak kongsikan tentang..Tahukah anda..


Fakta 1.
Cuba anda tengok zip seluar anda, tertera huruf ‘YKK’. YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni. 

Fakta 2.

Bunyi ‘kuek‘ yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. 

Fakta 3.

Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan jumlah yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. 

Fakta 4.

Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 

Fakta 5.

Pada tahun 1830, ‘ketchup‘ (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan. 

Fakta 6.

Tiada satu pun jam di kasino-kasino perjudian di Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka. 

Fakta 7.

Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain !! 

Fakta 9.
Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada. 

Fakta 10.

Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas. 

Fakta 11.

Jika nombor 111,111,111 didarab dengan 111,111,111… Anda akan mendapat jawapan 12345678987654321. 

Fakta 12.

Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. 

Fakta 13.

Tanda ‘#’ di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp‘. 

Fakta 14.

Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. 

Fakta 15.

Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala!! 

Fakta 16.

Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus. 

Fakta 17.

Nama yang paling banyak digunakan secara umumnya di dunia ini ialah Muhammad. 

Fakta 18.

Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. 

Fakta 19.

Produk pertama menggunakan bar code adalah ‘Wrigley’s gum‘. 

Fakta 20.
Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun 

Fakta 21.

Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan. 

Fakta 22.

Otak akan lebih aktif ketika tidur berbanding ketika anda menonton tv. 

Fakta 23.

Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan bilangan penduduk-penduduknya. 

Fakta 24.

Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda dengan serta merta. 

Fakta 25.

Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan ke dalam segelas ‘champagne’ segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula, dan turun kembali dan seterusnya, seakan dilambung-lambung. 

Fakta 26.
Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja) 

Fakta 27.

Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah ‘flutterby‘. 

Fakta 28.

90 peratus dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri. 

Fakta 29.

Tahukah anda senarai ini tiada no 8

Fakta 30.

Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. Kan?haha




aku bosan...kenapa otak tak kreatif lagi ni??
hehe




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

6 comments:

  1. haha ..amboi ..menjela panjang fakta ...semua best2.. cool ! :D

    ReplyDelete
  2. fakta menarik.cuma yang bar code tu rasanya ada lagi produk lain yang da guna sebelum wrigley

    ReplyDelete
  3. seronok la baca entry kak arra ni...
    sampai tak sedar fakta no. 8 dah hilang...

    ReplyDelete
  4. spudin-tq..hehe

    PM- ye ke?

    Puteri- tulah pasal.hehe

    ReplyDelete
  5. Wah2..byk info.Akak pn tgh bosan gak nie, harap2 otakku aktif nak hasilkn new entry..huhuu

    ReplyDelete
  6. yayansmum- alah..akak tu xde idea..blog tetap update..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE