Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Ovarian cycle bermula pada hari pertama haid.
Tahap estrogen yang rendah ketika ini,merangsang pituitary gland di otak untuk mula menghasilkan FSH. Tahap FSH meningkat dan merangsang graafian follicles di dalam ovari menjadi matang.
Kitar ovari dibahagikan kepada dua fasa
Fasa follikel(follicle phase)
Fasa follikel bermula dengan perkembangan 20 graafian follicles di dalam ovari di bawah rangsangan hormone FSH yang dirembeskan oleh pituitary gland.Follicle ini terus berkembang dan melepaskan hormone estrogen kedalam aliran darah.
Pada hari ke 10, satu dari follikel menjadi lebih besar daripada follikel yang lain dan menjadi matang manakala folikel yang lain akan mati.
Folikel yang matang tadi akan pecah bila saiznya mencapai 18-20 mm dan mengeluarkan satu ovum iaitu kira-kira hari ke 14-16 kitar haid. Proses ini dipanggil ‘Pengovulan’. Fasa Folikel berakhir dan Fasa Luteal bermula.
Fasa Luteal (Luteal Phase)
Sebaik sahaja Graafian follicle pecah dan membebaskan ovum, sel-sel folikel mengalami perubahan. Globul-globul lemak berkumpul dalam sel-sel folikel, sel-sel folikel berkembang menjadi besar dan berwarna kekuning-kuningan. Sel-sel sersebut dipanggil sel-sel luteal dan folikel sersebut menjadi corpus luteum.
Sel-sel bagi korpus luteum boleh mengeluarkan hormon ‘progesteron', seperti estrogen, yang bertindak ke atas endometrium uterus. Fasa ini juga dipanggil Fasa Progestogenic. Tahap progesterone mencapai tahap tertinggi pada 22 - hari ke-26 kitaran.
Perubahan pada endometrium uterine bergantung kepada hormone yang dirembeskan oleh ovari.
Sebaik saja bermula haid, ia menandakan permulaan itu satu lagi kitaran ovari.
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.