Thursday, January 12, 2012

Aku suka kena marah!!



Assalamualaikum wbt..
 {。^◕‿◕^。}

siapa yang suka kena marah?
kalau hari-hari kena marah,macam mana?
tapi,aku suka..

(imbas kembali )

semasa aku berada di semester 5 di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian dan praktikal management di Hospital  Raja Perempuan Zainab II..
wad: Mahsuri (Medical lelaki)

tugas management membuatkan aku perlu menguruskan pesakit-pesakit yang aku incharge..
dan aku selalu ditempatkan di kubical A..

kubical A ni terdapat satu bilik yang di namakan bilik isolation..
yang mana bilik ini menempatkan pesakit yang mengalami penyakit berjangkit ataupun pesakit yang imuniti rendah (mudah mendapat jangkitan penyakit)

Ditakdirkan Tuhan..ada seorang pesakit yang menghidapi T-Cell Lymphoma..nak tau apa tu? tanya pakcik goggle..hehe

pesakit ni amatlah garangnya..kalau dia sakit,alamatnya seorang demi seorang yang masuk bilik tu keluar selepas dimarahi..setiap ubat yang diberikan juga mesti kita tahu tindakannya sebab pesakit itu WAJIB akan tanya!

begitu juga aku..tiap kali mahu berikan ubat pada pesakit ni.aku kena buka kamus dulu untuk comfirmkan betul-betul tindakan ubat tu..

Dan, ditakdirkan juga pada suatu hari..mesin infusion Morphine yang dipasangkan pada pesakit tu berbunyi dengan kuatnya..mesin tu kami memang tak boleh usik kerana mesin tu ada team yang tersendiri menjaganya..
dan sudah tentulah aku tidak tahu macam mana untuk menghentikan bunyi yang teramat membingitkan telinga itu..

bila aku jawab "saya tidak tahu macam mana nak hentikan bunyinya"

pesakit itu menjerit "kalau tak tahu,keluar!!!!!!"

fuh..mahu tersentap aku..memang takut..tapi aku terkilan sebab aku tak mampu nak buat apa-apa..
aku sentiasa kena marah dengan dia..
bagi ubat,kena marah..
tukar cadar, kena marah..
tolong tuang air.. pun kena marah!!

Namun, begitulah..manusia..hidup dibumi Tuhan ini hanya persinggahan..
Dia pergi 3 hari selepas Hari Raya Haji..
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..
Al-Fatihah~





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

10 comments:

  1. kita kena banyakkan bersabar dengan orang sakit....ya...orang sakit kadang2 emosi dia tak terkawal...erm...sedih plak cerita ni...

    ReplyDelete
  2. hish..cik oda kalo org marah2 tak tentu pasal, mau naik kaki ni ha..har har har

    ReplyDelete
  3. nurse tu cm doktor kan..semua tau. Hana minat nak jadi nurse tapi xdapat.dah daftar Institut pendidikan guru kota bharu, baru dapat surat untuk sampung belajar kat KPTM kota bahru cos jururawat :)

    ReplyDelete
  4. alamak, kalo nanabyte da ternanges kat situ sudah. :P

    ReplyDelete
  5. kalau memang pesakit macam tu memang kite sebagai orang yang merawat kena banyak bersabar kan? =.=

    semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin.

    ReplyDelete
  6. Isteri saya pun nurse juga...ceritanya 2x5 juga: kerap kena marah. Tapi sekarang dia dah jadi Sister, bila kena marah, katanya ada tempat nak marah balik...huhuhu...

    ReplyDelete
  7. al fatihah.... hurm.. dah tugas kan.. nak tak nak kene galas n hadapi dengan sabr.. =)

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah...
    Org yg sakit ni memang banyak ragam...
    Kita yg menjaga org sakit ni... kena banyak bersabar...

    ReplyDelete
  9. hehe..saya pun penah melalui keadaan cengitu..memang sentap la..tp bila tengok patient x la jugak sampai ati..saya juz senyum jer..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE