Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
hari ni duk belek-belek baju aku kat dalam almari..
al-maklumlah dah kena kemas-kemas..lusa nak balik kampung dah..
balik jenguk yang dirindu..yang tersayang pula ada di sini..
terpaksa memilih..biasalah kalau dah PJJ..hehe
rupa-rupanya tak banyak baju yang aku ada..
tak penuh pun satu almari..sebab aku ni jenis yang bukannya gemar membeli baju.
kalau pergi mana-mana aku mesti membeli buku dahulu..
setiap minggu pasti ada koleksi yang nak ditambah..
aku memang tak boleh..pergi mana-mana mesti beli buku..wajib!!
oleh kerana itu.bawah katil aku penuh buku-buku dan majalah
yang dah dibeli pasal almari nak kena tunggu ada rumah sendiri dulu.
nasiblah kalau ada cik lili (lipas) yang jadikan makanan dia..sedekah jelah ya..haha
dan..semenjak dua menjak aku duk post doodle versi
aku tu ramai pula yang bertanya macam mana nak buat ya..hehe
sebenarnya aku guna photoshop dan juga photoscape..
aku belajar dari internet je..rasanya belum ada niat nak bagi tutorial
cara nak lukis doodle sebab aku tak guna cara yang orang guna..susah sikit la..
aku juga belajar dari rakan blogger ni..apit..
aku belajar dari blog dia..so,sedikit demi sedikit aku pandai la lukis
doodle tu walaupun tak adalah comel sangat.hehe
nak hasilkan sesuatu perlu usaha lebih..kalau korang lukis doodle
mungkin lagi cantik kot dari yang aku punya.hehe
p/s : usaha tangga kejayaan
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.