Wednesday, February 15, 2012

Benign Prostatic hyperplasia

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


      Pembesaran pada prostate gland menyebabkan penyempitan pada uretra dan urinary system
      Dikenali juga Benign Prostatic hyperthrophy
      Berlaku pada golongan lelaki lebih 40 tahun.
      Kejadian ini mungkin kesan inflamasi yang kronik di prostate gland, peranan metabolik dan faktor diet serta kemungkinan arterosclerosis.
      Kejadiaan ini juga terjadi akibat sosioekonomi, keturunan, gangguan sistemik (hormonal), umur yang meningkat dan kehadiran testicular androgen.

Patofisiologi   

      Pada usia muda, kapsul prostat adalah nipis dan terlekat pada tisu
      Apabila umur meningkat, glandular dalam kelenjar prostate mengalami hyperplasia tisu – proses patologik hyperplasia prostatik berlaku.
      Apabila kelenjar prostate membesar:
      menghala ke atas , ke dalam pundi kencing
     Menghala ke dalam, menyempitkan urethtra dan menyekat pengaliran urin
      Pundi kencing menjadi hyperirritable dan menyebabkan urgency dan frequency
      Apabila pundi kencing cuba mengatasi bebanan ke atasnya, otot-otot pada dinding pundi kencing akan menjadi hypertrophy dan mungkin membentuk ‘cellules’ dan diverticular
      Jika keadaan ini diteruskan,penyekatan pengaliran urin akan menyebabkan dilatasi ureter(hydroureter) dan ginjal(hydronephrosis) secara perlahan-lahan
      Kelenjar yang membesar menyekat leher pundi kencing atau urethra prostatik, dan menyebabkan retensi urinary atau incomplete bladder emptying. Overflow urinary incontinence adalah biasanya berlaku
      Stasis urinary mungkin menyebabkan infeksi  dalam tract urinary

Tanda-Tanda
      Asymptomatic : otot detrusor dapat memampatkan rintangan uretra yang bertambah
      Simptom sekatan:
     Kekerapan kencing
     Kekurangan dalam kelajuan aliran kencing
     Air kencing meleleh selepas baru kencing
     Rasa tidak puas selepas kencing
     Strain semasa pembuangan urin
     Retensi urin
      Nocturia
      Urgency
      Simptom-simptom renal disebabkan oleh sekatan yang lama:
     Dilasi urethra
     Hydronephrosis
     Infeksi renal
     Hematuria: ruptured vena yang membesar pada leher pundi kencing
     Edema,pallor dan pruritis oleh renal insufficiency
     Uremia( jika kegagalan renal)


            Penyiasatan
      Pemeriksaan rectal – pembesaran kelenjar prostat
      Urinalisis – untuk mengesan infeksi dan hematuria
    -urine FEME-WBC, RBC
    -Spesifik Graviti urine meningkat
    -urine culture & sensitivity menunjukkan kehadiran bakteria
      Sr creatinine dan BUN – menilai fungsi renal
      Sr PSA (prostate specific antigent) – untuk mengesan kanser, tetapi ia mungkin boleh meningkat dalam BPH
      FBC – mengesan anemia dan infeksi
      KUB – menunjukkan trek urinary dalam abdomen
      Intravenous pyelography (IVP) – menunjukkan struktur dan fungsi tract urinary
      Penyelidikan diagnostic yang mungkin dilakukan:
     Urodynamics: penting dalam diagnosis penyekatan pada leher pundi kencing
     Ultrasound atau pengkateteran – menyukat residual urin selepas baru kencing
     Cystourethroscopy – memeriksa uretra dan pundi kencing dan menilai saiz prostat



    Komplikasi
      Retensi urinari akut
      Kontraksi pundi kencing involuntari
      Divertikular  pundi kencing
      Sistolitiasis
      Refluks vesikoureteral,hidrouter,hidronefrosis
      Hematuria
      Infeksi trek urinari





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE