Tuesday, February 7, 2012

Obesiti



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。} 


Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang biasa dihidapi oleh rakyat di Malaysia. 


Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. 

Di Malaysia, masalah obesiti telah menjadi masalah yang besar kerana hampir 10 juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ataupun kegemukan. Kebanyakannya berpunca daripada pengambilan makanan segera yang melampau. (Utusan Malaysia, Feb 09). Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami obesiti. 

Obesiti juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau osteoartritis yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka. Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan. 

Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah obesiti perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu. Penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian. 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE