Tuesday, February 7, 2012

Bertutur bahasa korea dan mandarin selepas kemalangan



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}



BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja.


p/s: ujian tuhan..diberi dan mungkin diambil serta merta..
budak tu kemungkinan mengalami foreign accent syndrome, di mana seseorang itu mengalami gangguan otak dan mampu bertutur dalam bahasa asing






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. best kan klu boleh bertutur camtu ;)

    ReplyDelete
  2. de tgk lam brite akd..huhu, hebat kan kuasa Tuhan..

    ReplyDelete
  3. takut la..heran bin ajaib pun ader..biasenye knape ye boleh jd mcm tu..

    ReplyDelete
  4. Pasti perkara2 sebegini sukar dihurai oleh logik akal. Tapi "kun fayakun", bila Allah kata jadi, maka jadilah...

    ReplyDelete
  5. aah kua kat bite tb3 jgk...kuasa Allah tuu :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE