Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Pada pendapat aku..antara kerjaya yang mencabar dan memerlukan kecekapan yang tinggi pada zaman sekarang adalah kerjaya Jururawat.
kalau anda pernah berada di Hospital-hospital kerajaan sudah pasti anda pernah melihat dan berpeluang bertemu dengan jururawat ini..dan kalau lebih bernasib baik akan menemui jururawat pelatih yang melaksanakan sesi praktikal mereka.
sekali imbas..kerja-kerja yang dilakukan mereka yang bergelar jururawat ni nampak mudah..namun, hanya mereka yang mempunyai tahap kesabaran dan juga komitmen yang tinggi sahaja yang mampu melaksanakan tugasan dengan baik.
Mereka melakukan kerja-kerja mereka dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada pesakit yang mereka jaga.Mereka juga sabar melayan kerenah pesakit yang pelbagai.
Tugas-tugas mereka juga pelbagai mengikut lokasi mereka bekerja..mereka yang bergelar jururawat perlu fleksible.mampu menguruskan semua kerenah yang berlainan.
kebiasaannya, jururawat lebih sinonim dengan kaum hawa.tetapi sekarang.lelaki juga boleh menjadi jururawat.jangan fikirkan yang 'male nurse' ini adalah lelaki lembut.tidak sama sekali.
malah,dengan adanya male nurse ini akan lebih memudahkan kerja-kerja jururawat kaum hawa melaksanakan kerja-kerja mereka seharian.
Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin menjadikan Jururawat sebagai kerjaya mereka,jangan memilih kerjaya ini dengan keadaan yang terpaksa..bukakan hati dan minda anda.tugas Jururawat amat mulia dan amat berisiko.
p/s: mengorbankan keselamatan diri demi menyelamatkan nyawa pesakit.
nurse ni boleh dikatakan berperanan besar la jgak sbb kalo takde nurse, susah la doktor kan? hehe.. dah kira mcm pembantu doktor dah..komitmen utk melayan karenah manusia yg berbeza bukan nye senang.. =)
ReplyDeleteSalam dear...sememangnya mencabar....mesti kene banyak bersabar kan? ;-)
ReplyDeletebetul2,,setuju bangat!
ReplyDeleteAda masa nurse ni suka marah2 pesakit, pesakit yg kne sabar, huhu
ReplyDeletex sume nurse suka mrah2 lily...
ReplyDeletekerjaya ni sgat mncabar dan menyeronokkan...