Tuesday, February 7, 2012

Kriteria untuk Derma Darah



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

dah cukup 3 bulan aku tak derma darah..rasa rindu pulak nak derma darah lagi..
derma darah menjanjikan satu kepuasan untuk aku..bila dah derma pun rasa macam ringan je badan..

sesetengah orang cakap takut derma darah pasal jarum dia besar..tapi.serius aku cakap..macam kena gigit semut je rasanya..hehe

dan mitos yang mengatakan selepas derma darah badan akan gemuk juga tidak benar..kerana aku masih lagi kurus..



Kriteria penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara 

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan. 
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
  • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
  • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
          3. Berat badan melebihi 45 kg. 
          4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan 
          5. Tiada masalah kesihatan.
6.Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
  • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
          7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
          9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), 

             dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
        

 10. Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.


p/s: lepas ni pakat2 pergi derma darah belaka






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. salam;
    aku takut dengan darah dan jarum..sebab tu sampai sekarang tak pernah derma darah..sekarang ni paru2 aku tak bagus lagilah tak boleh derma darah...

    ReplyDelete
  2. wah bestnye byk sijil dah dpt..hehe...
    sy baru sekali jep derma drah...

    ReplyDelete
  3. aku pun suke nak derma darah. mcm best :) bile dah derma badan rse ringan

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE