Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Organisma “Multi resistant” (MRO) adalah salah satu penyebab utama berlakunya morbiliti dan mortaliti bagi pesakit yang dijangkiti.Implikasi MRO menyebabkan pesakit yang dijangkiti terpaksa tinggal di wad dalam jangkamasa yang lama.
Ini akan meningkatkan kos rawatan penyakit kerana memerlukan antibiotik yang mahal untuk merawat pesakit tersebut.
Selain itu, kos pengurusan pesakit juga akan meningkat kerana pesakit perlu diberi rawatan pengasingan dan ini akan melibatkan penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang banyak.
Setiap kali bakteria terdedah kepada antibiotik, ia akan berada di bawah ”selective pressure” dimana ia hanya membenarkan organisma yang menghasilkan rintangan dapat terus hidup dan membiak.
Prinsip asasnya ialah memperlahankan evolusi rintangan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu. (Internet:file://F:\How severe is antibiotic resistance.htm).
MRSA dikenalpasti sebagai penyebab utama jangkitan nosocomial di hospital. Kajian yang dilakukan oleh Nottingham University Hospitals mendapati 40 hingga 50% daripada jangkitan nosocomial adalah disebabkan oleh MRSA. (http://www.nuh.nhs.uk/nch/antibiotics/Bugs/staphylococcus-aureus.htm).
MRO adalah organisma yang menghasilkan rintangan terhadap dua (2) atau lebih jenis antibiotik yang berlainan kumpulan. Organisma itu berupaya menghasilkan rintangan dalam pelbagai cara
Contohnya:
1.Melalui proses mutasi genetik
2.Keupayaan menghasilkan enzim yang memusnahkan antibiotik
3.Menukar kepada sistem metabolic rain yang tidak dipengaruhi oleh antibiotik
4.Mengawal ketelapan membrane selnya daripada kemasukan antibiotik.
Rujukan : (Vicniss-MRO Education Module.htm)
Ia merebak melalui
Sentuhan secara langsung dari punca ke pesakit, contohnya melalui tangan anggota kesihatan yang tercemar.
Secara tidak langsung melalui peralatan yang telah tercemar contoh stetoskop, BP set dan lain-lain.
Rujukan : (Waikato District Health Board POLICY:Infection Control Management of Multidrug-resistant Organism)
suke la entry awak ni..boleh buat panduan saya kat clinical posting next time..singgah la kat blog saya k..still new ngan dunia blog.:)
ReplyDeleteinfo yg berguna
ReplyDeleteadekah MRO ni bhaya yg mmbawa kpd maut?
ReplyDelete