Thursday, February 2, 2012

Kerana dia..2 minggu terasa lama



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

masih aku ingat saat-saat terakhir bergelar pelatih dalam bidang kejururawatan..
kami satu kumpulan seramai 11 orang ditempatkan di satu wad medikal..
yang mana di wad tersebut amatlah terkenal dengan kemalasan jururawat dan sesi mengarah yang cukup kental..
namun begitu..aku dan kawan2 tak gentar kerana telah teramat biasa..

nak dijadikan cerita..aku bekerja bersama 5 lagi kawan..
pada hari pertama menjejakkan kaki masuk ke wad tersebut disambut dengan wajah2 tak puas hati oleh jururawat disitu..
aku buat derk sahaja..

dan dek kerana kerja pagi..kerjanya tak banyak sangat dengan pesakit yang tidak begitu ramai..
aku mengambil keputusan untuk mengemas bilik rawatan yang telah pun dapat dilabel seperti 'tongkang pecah'

dan..agaknya aku terlupa kerana wad itu memang begitu..aku disindir dengan kata2 seperti ini..
"kemas sangat sampai tak jumpa cari barang"

aku diamkan aje dengan hati yang membengkak tahap gaban..
aku teruskan juga kerja-kerja seperti biasa..sambil diarahkan itu dan ini..(normal life as student nurse)

dan..apabila kami tamat waktu bekerja pada jam2 petang..aku dan kawan2 mahu balik kerana kami terpaksa mengejar trip bas..kalau terlepas..memang payah jadinya..

tapi kami dipanggil oleh seorang staff nurse ni..yang membebel pada kami..
yang mengatakan kami ni sombong..
tak senyum dan mengatakan kami ni berlagak..
kami dikatakan tidak menyelesaikan kerja kami..sedangkan semuanya kami yang buat..
"staff nurse sem 6" di labelkan pada kami..
kami agak terkilan..ya of course..setelah kami menolong mereka melakukan kerja..kami dimarahi..dimalukan didepan junior dan juga staff2 lain..malahan pesakit pun mendengar!!

aku meminta diri pada staff nurse tersebut kerana kalau kami terlewat.kami akan ditinggalkan oleh bas..
malangnya permintaan aku untuk balik agaknya makin meningkatkan amarahnya..

dan kerana dia..2 minggu posting di wad tersebut menjadi terlalu lama..perkara menarik yang seharusnya dipelajari menjadi beban apabila bekerja dalam keadaan yang tidak menyenangkan.


p/s: tak nak jadi staff sebegitu rupa..






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

11 comments:

  1. sabar jelah. tugas nurse mesti ada sikap mcm tu :)

    ReplyDelete
  2. sabar aje dik...akak pernah nampak kejadian cam ni msa bersalin dulu...budak2 pelatih di kerah mcm tak tau apa2...pelatih mcm adik masa tu semua mesra alam...sumpah..tp asal silap sikit mesti mereka la yg disalahkan...

    ReplyDelete
  3. hana- sabar ada hadnya kan?:)

    spudin- sabar je..benda dah lepas.hehe

    Eryati- biasa la tu..perkara yang normal bagi pelatih..kadang2 tension dibuatnya

    ReplyDelete
  4. memg camtu klu dah jadi student ni,,kena marah biasalah kan,,tp kdgkala bila dimarahi tu baru kita belajar,,,tapi kan,,student dulu dgn skg memg lain sgt,,tp tak sume lah,,,klu dah buat benda baik pun kena marah jugk memg ada tak kena la staff nurse tu,,huhu

    ReplyDelete
  5. sabar2 jak lah ye, ramai gak sy jumpa staff nurse jenis camni, diharapkan awk jd nurse yg baik & tak sombong mcm mereka2 tue...

    ReplyDelete
  6. sabar je kan.. saje je diorang tu.. xnk klh dgn staff nurse baru..hihi

    ReplyDelete
  7. missina- tulah kan..something wrong somewhere..hehe

    ReplyDelete
  8. mak usu- tulah..tak nak kalah..hehe

    ReplyDelete
  9. emm tula ragam senior n owg da lebih pengalaman..dgr n bukak telinga je la huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE