Friday, February 10, 2012

Pergi boleh..balik takut!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

selamat pagi kepada semua..hari ni nak berkongsi cerita tentang zaman aku kecil dulu..
tak nak baca? silakan pergi..tapi..baca la dulu..hehe

sempat ke tak korang dengan tandas di rumah kampung yang ada kat luar rumah?
aku sempat lagi..masa aku kecil-kecil dulu..tandas rumah aku ada dekat belakang rumah..
memang agak seksa la kalau tengah malam buta tu nak melepaskan hajat..

kalau siang-siang hari tak apa la sebab terang benderang..tapi kalau tengah malam..memang gelap sebab belakang rumah ada kebun getah je..
biasanya kalau malam2 aku nak melepaskan hajat tu..kalau kakak aku ada..dia akan aku jadikan mangsa untuk menemani aku.tapi..kalau dia tak ada..memang terpaksa pergi sorang-sorang..nak kejutkan mak ayah? sumpah aku tak berani..haha

jadi berbekalkan lampu yang besar gedabak tapi tak berapa nak terang tu..aku meredah malam la untuk ke tandas..
masa tu memang tak takut sangat pasal berkehendak..hihi..

tapi..bab nak naik rumah balik tu...memang seram sangat...masa tu habis segala ayat aku baca..memang putih tapak kaki la aku lari..
dan sampai sekarang rasa trauma nak pergi tandas kalau gelap walaupun tandas dalam rumah..hehe



p/s: aku ada...korang ada?
erm..berkira2 dah tak nak guna "aku" guna Arra..ok ke?




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. Cik Fiza sempat ! Hee. masa tu sekolah rendah. umah tok ada tandas kat luar umah. bukan setakat tandas je, bilik air pon kat luar. hee. memang takut. masa nak g tu berani la tp masa nak balik 2 lari lintang pukang. hikhik ^^

    ~selalunya mak ngn ayah la yang jd mangsa peneman Cik Fiza. xpon adek adek. hee. **x malu** :DD

    **Arra ek? ok ok! Hee. nampak sweet gitu! Peace! ^^

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Baru malam tadi menyelongkar kisah lama pasal tandas kat luar rumah. jauh kat belakang pulak tu. kalau nak ingat balik, memang malu je. Aduh.

    ReplyDelete
  3. saya x pernah rasa lagi ler macam tu tapi rumah tok ada la toilet kat luar rumah..hihi..ikut keselesaan diri akak la:)

    ReplyDelete
  4. haha..lucu dgr cita neh..tingat kat umah arwah tokwan,tandas dia kat luar..malam raya mkn ape ntah, sakit perut,pastu takut nk gi tndas,nyamuk byk dh la pukul 2..nak xnk,sy kejut semua org dlm umah tu dgn atok2 skali bgun..haha..pastu kita melabur xtutp pintu sb takut sgt,mak yg temankan siap tolong pegang ubat nyamuk lg..haha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE