Wednesday, February 15, 2012

188 kes Akut Gastroenteritis dikesan di Perak



Assalamualaikum wbt.. 


IPOH: Sebanyak 188 kes jangkitan Akut Gastroenteritis (AGE) dikesan di dua daerah di Perak, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 3,444.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu sebanyak 114 kes baru dikesan di Hilir Perak dan 74 kes di Batang Padang. 
"Di Hilir Perak, seramai enam orang dimasukkan ke wad hari ini manakala di daerah Batang Padang seramai tiga orang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 


Beliau berkata setakat ini jumlah keseluruhan kes itu di Hilir Perak mencatatkan 2,220 kes manakala di Batang Padang sebanyak 1,224 kes.

Pada 10 Feb lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali "Rotavirus" yang menyebabkan kes AGE.



Sementara itu, Dr Mah berkata sebanyak 94 sampel najis pesakit diuji kehadiran virus dan ia menunjukkan 59 daripada sampel yang diuji itu didapati mengandungi virus jenis Rotavirus manakala 10 tidak mengandungi virus dan 25 lagi sampel masih diuji. 



"Setakat ini sembilan sampel air yang diuji mikroskop elektron dan ia menunjukkan semuanya negatif manakala 14 masih dalam proses. Sebanyak 1,000 sampel liter perlu tertumpu kepada 50 ml pertama sebelum pemprosesan makmal dan ujian lanjut," katanya. 



Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengurangkan pemakanan mentah ulam-ulaman, memasak air sebelum minum serta mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan. --BERNAMA







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

  1. dear :) Eza ada buat entry untuk Arra :)

    cheksunnyboomboom.blogspot.com/2012/02/tq-so-much-arra-doodle-comel-d.html

    ReplyDelete
  2. samekom..akak boleh x post berkaitan gynae.. preparation for next weeks:)new sem..hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE