Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
• Prostate Cancer ialah Satu keadaan dimana terdapat pertumbuhan sel-sel prostat yang abnormal dikelenjar prostat, membiak dengan banyak dan tidak terkawal
• Merupakan kanser yang utama atau biasa terjadi dikalangan lelaki yang berumur 50 tahun ke atas.
Penyebab
• Idiopathic~ tidak diketahui
• Faktor genetik
- Lelaki yang mempunyai sejarah keluarga mengalami kanser prostate yang berisiko tinggi.
• Hormon
- Perubahan hormon yang berkaitan dengan peningkatan umur, dimana hormon aldestrone menurun dan hormon estrogen meningkat sertas estradiol tinggi.
• Diet
- Pengambilan makanan yang tinggi lemak mengubah metabolisma kolesterol dan steroid yang meningkatkan risiko kejadian kanser.
• Infeksi
- Jangkitan virus boleh menyebabkan kejadian kanser prostat. Contoh infeksi gonorrhea
Patofisiologi
• Biasanya tumour prostat adalah adenocarcinoma dimana ia bermula dari periferi bahagian posterior lobe kelenjar, kemudian berlaku prostat hypertropy dari bahagian tengah kelenjar.
• Tisu tumour ini kelihatan seperti tisu prostat yang normal dan lambat untuk dikesan. Tumour membesar secara perlahan dan berada dalam kapsul prostat.
• Kadang-kadang tumour membiak dengan cepat dan metastasis ke bahagian lain.
• Metastasis tidak berlaku terus dipundi kencing dan seminal vesicle tetapi merebak melalui limfatik dan hematogenous.
• Dalam peringkat teruk metastasis ke tulang, paru-paru dan hepar.
Peringkat I - tumour mikroskopik
- tumour berada setempat.
Peringkat II - tumour makroskopik
- melibatkan lobe yang berdekatan
Peringkat III - tumour ekstrakapsular
- Melibatkan nodul dan melekat pada dinding pelvik.
Peringkat IV - Metastasis bahagian organ prostat atau bahagian pelvik.
Tanda- Tanda
• Tanda-tanda awal
- Dysuria
- Perasaan ingin kencing
- Meneran pada permulaan kencing
• Tanda lewat
- Sakit di bahagian peha dan belakang.
- Kesekatan pada rektum dan sakit semasa proses defection.
- Sakit semasa ejakulasi
- Hematuria
- Berat badan menurun dan malaise
Penyelidikan
1. Pemeriksaan rektum
- Dilakukan pada lelaki 40 tahun ke atas.
- Pemeriksaan ini akan merasa nodul yang keras terutama bahagian posterior prostat
- pemeriksaan digital rectal dilakukan bagi pesakit :
· Ada sejarah pengaliran urin berterusan dan jika ada darah.
· Mengalami BPH atau telah menjalani pembedahan subtotal prostatectomy.
2. Pemeriksaan darah
- darah untuk PSA (prostate specific antigen)
- Untuk memantau pesakit kanser prostat. Jika PSA tinggi, menunjukkan sel tumour sedang membiak.
- 4.0-10ng/ml = suspicion of prostat cancer
- >10 ng/ml = prostat cancer
3. Ultrasound
- dilakukan secara transrectal untuk menilai saiz dan bentuk prostat, lokasi tumour samada dalam kapsul prostat atau sebaliknya
4. CT Scanning
- Untuk menilai tumour yang besar.
- Pemeriksaan ini tidak dapat membezakan antara kanser dan BPH.
5. Magnetic Resonance Image
- Untuk menilai rebakan tumour dari tempat asal.
Pengurusan
1. Radiation therapy
i- radiasi interstitial(prostate brachytherapy)
- Fungsi untuk mengawal tumor setempat dari merebak.
- Radioaktif metal seperti iodine biasa digunakan untuk memusnahkan tumour secara langsung.
• Dengan melakukan lymphadenectomy di bahagian pelvik dan menanam iodine ke dalam prostat dengan menngunakan jarum. Dos radiasi adalah efektif dan jangka hayat panjang (hingga 1tahun)
• Paras radiasi ini akan menurun dengan ini normal tisu dapat dilindungi
ii.External-beam megavoltage radiasi
- Rawatan ini digunakan apabila tumor terjadi hanya di prostate dan di sekeliling tisunya saja.
- Biasanya dos yang digunakan adalah 6500-7000rads jumlah keseluruhan,pada kadar 175-200rads sekali sehari.
- Keberkesanan rawatan adalah bergantung kepada saiz dan peringkat tumor.
2. Terapi hormon
i. Pemberian androgen blocker
• Flutamide (Eulexin) diberi secara oral
• Tindakan ubat- menghalang tindakan atau sekresi hormon androgen tanpa memberi kesan sampingan kepada hormon estrogen.
• Finasteride (Proscar)-untuk rawatan kanser prostate.
ii. Pemberian estrogen
• Diethylstilbestrol disyorkan
• Tindakan ubat-untuk suppres pengeluaran pituitari gonadotropin dan menurunkan paras serum testosteron.
• Kesan sampingan-gynaecomastia
iii. Nonendocrine chemotherapy
• Boleh diberi secara sendirian atau kombinasi.
• Tujuan adalah untuk merawat atau menstabilkan penyakit.
• Contoh ubat
- cyclophosphamide(cytoxan)
- 5-fluoroucil (flourouracil)
- doxorubucin hydrochloride (adriamycin)
- mitomycin-C (mutamycin)
3. Rawatan surgikal
• TURP dilakukan untuk kanser peringkat 1 untuk mengelakkan obstruction dan mengekalkan saluran urethra.
• Rawatan surgikal lain ialah radikal prostatectomy melalui perineal atau retropubic
• Pembedahan secara radikal termasuklah pembuangan keseluruhan kelenjar prostat, kapsul luar, seminal vesikel, sebahagian vas deferens dan bahagian leher pundi kencing.
Komplikasi
• Metastasis ke organ-organ lain seperti pulmonari, hepar dan tulang.
• Urethral obstruction
Cancer....eiii!takutnya...
ReplyDeletenak tanye sket...ader kemungkinan ke cencer neh akan turun kat zuriat??...maeans kalau dari nenek,mak sume ader cancer...??x tau mende neh sangat...
ReplyDelete