Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE.
TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak.
Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.
Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.
Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.
Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.
orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.
ROTAVIRUS: sejenis virus yg menyebabkan gangguan kepada saraf di otot sistem peghadaman kita dengan mempercepatkan pergerakan peristalsis otot usus boleh menyebabkan seseorang itu muntah atau cirit birit berterusan.terdapat pada air yg tidak dirawat dengan betul atau pemindahan dari satu pesakit kepada pesakit yang lain contoh: (ibu yang membersihkan najis pesakit berisiko untuk memindahkan virus kepada semua ahli keluarga)
Jangkitan ROTAVIRUS boleh menyebabkan dehidrasi ( kehilangan air dari tubuh yg teruk ). Kejadian seumpama ini akan menyebabkan kejutan, kegagalan buah pinggang atau kerosakan otak dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dalam beberapa kes. Adalah penting untuk anda mengenali simptom-simptom dehidrasi akibat jangkitan ROTAVIRUS, seperti berikut :
kelesuan
kering , sejuk badan
sedikit atau tiada air mata bila menangis
mulut yang kering dan melekit
mata yang cengkung dan fotanel yangg tenggelam ( kawasan lembut pada kepala bayi tempat tulang tengkorang yang belum rapat )
kehausan keterlaluan
Bagaimana ROTAVIRUS merebak
Melalui faecal-oral ( virus merebak melalui najis ke mulut kanak-kanak lain )
Tangan, barangan mainan dan objek di sekitar yang tercemar
Pengambilan makanan atau minuman yang tercemar
Sentuhan pada permukaan yang tercemar
Ujian makmal:
najis akan diambil sebagai satu ujian makmal bagi menentukan najis itu terdapat virus,bacteria,dan parasit.ujian darah untuk mengenalpasti tahap dihidrasi pesakit.
Komplikasi:
dehidrasi / kekurangan air yang mencukupi dalam badan kerana pesakit mengalami muntah dan ciritbirit berterusan. Jika mengalami dehidrasi yang terlalu teruk, pesakit boleh MAUT.
Rawatan:
rawatan diberikan untuk simptom penyakit saja. Antibodi akan terimun sendiri selepas penyakit sembuh.Antibiotik diberi kepada penyakit daripada bakteria BUKAN virus.
1. Hentikan serta merta susu formula yg diberikan terhadap kanak-kanak. TUKARKAN SUSU FORMULA BERLAKTOSA KEPADA TANPA LAKTOSA bertujuan untuk mengurangkan ciritbirit berterusan.
2. ubatan untuk mengurangkan/ menghentikan simptom akan di preskripsikan
3. banyakkan minum air,dan minuman bervitamin seperti jus buah buahan
4. minuman seperti vitagen adalah digallakkan tetapi jika berlanjutan berhenti pengambilannya dan jumpa doktor anda
5. amalkan makan atau minum dalam kuantiti yg sedikit tetapi kerap mengelakkan muntah beterusan
6. JAGA KEBERSIHAN TERUTAMANYA CUCI TANGAN
bahayanye..ROTAVIRUS plak skrng nie..harap2 baby tmpt kerja kwn nbiel smlm tk terkena pnyakit nie..huhu..
ReplyDeletep/s : inilah dia Musibah Allah nk turunkan....
bahayanya,,
ReplyDeletesekarang ni mcm2 penyakit ada,
takutnyer,,, ujian dari Allah.. urm.. dah la umah L kat perak.. huhu. mintak dijauhkan la dari penyakit rotavirus ni..
ReplyDeletejom jenguk2 sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html
orang dewasa bole kena tak ?
ReplyDeleteTakotnya virus nihh...
ReplyDeleteKesian budak2 ni kan diorang tak tau apa2. hurmm =(
eh, baru tahu pasal ni. bahayanya. dha lah cik tikah skrg kat perak
ReplyDeletebanyak virus baru muncul sekarang kan. nama rotavirus mcm makanan ringan jep. haha. btw utk elak apa2 pun virus kita harus keep hygiene kan. hehe
ReplyDeletebahaya..sampai 2ribu lebih kes..
ReplyDelete