Sunday, May 13, 2012

Teknik Suntikan Insulin




Memilih tapak suntikan:
Untuk memastikan penyerapan insulin yang sempurna,suntikan mesti dibuat ke dalam tisu di bawah kulit (subkutaneus).
Cubit - ke atas
Cara cubit yang betul adalah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau jari tengah untuk mengangkat dermis dan tisu subkut tetapi meninggalkan tisu otot.
Lepaskan cengkaman pada lipatan kulit setelah mengeluarkan jarum suntikan, tisu otot akan terkena jika dilepaskan dengan cepat.

Tapak-tapak utama suntikan insulin
Bersihkan diri atau tempat yang hendak dicucuk. Jarak antara satu suntikan dengan satu suntikan hendaklah 2 jari. Ini untuk mengelakkan dari dicucuk berulang kali ditempat yang sama. Sekiranya terdapat tempat yang keras akibat dari suntikan yang berulang kali ,ELAK dari mencucuk ditempat tersebut. Ini akan menganggu penyerapan insulin.

Kesan sampingan biasa insulin: Jantung berdebar-debar, keliru, berdengung dalam telinga, berpeluh dan tisu menjadi keras pada tapak suntikan.
Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan seperti di atas. Jangan sesekali berhenti menggunakan suntikan ini tanpa arahan dari doktor.
Terapi bukan-insulin biasanya digunakan bagi Diabetis Jenis II. Rawatan yang sesuai adalah mengawal makanan, senaman dan ubat oral.

Penulis 
Dr. Nour Hanah Othman
Hadijah bt. Mohd Taib
Rosidah bt. Din
Nor Eizlin bt. Mohd Helmi


brand names of insulin
  • Humulin R®
  • Humulin N®
  • Humulin 70/30®
  • Humulin 50/50®
  • Humulin R U-500®
  • Novolin R®
  • Novolin N®
  • Novolin 70/30®












Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. baru semalam tengok nenek cucuk insulin...

    ReplyDelete
  2. Kak long bonde still insulan lepas bersalin sebab ade kencing manis hu hu hu risau tgk dia time insulin..Kak

    ReplyDelete
  3. kalau org dah biasa..senang je dorang lakukan..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE