Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Tanggal 12 Mei 2012 seluruh dunia akan menyambut Hari Jururawat. Hari Jururawat ini disambut seluruh Malaysia adalah sebagai mengenang jasa bakti para jururawat yang memberi perkhidmatan kejururawatan kepada seluruh masyarakat tanpa mengenal penat lelah mereka bekerja siang dan malam untuk menjaga pelbagai ragam pesakit.
Pekerjaan jururawat adalah tugas yang sungguh mulia. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga adalah suatu perjuangan. Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Sebenarnya banyak juga peranan yang dimainkan oleh jururawat ni.
Mesti ramai yang tak tahu lagi kenapa Hari Jururawat ni disambut pada 12 Mei setiap tahun. Tarikh itu dipilih sebagai mengenang hari kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820.
Tema sambutan hari jururawat pada tahun 2012 adalah “Closing the Gap: From Evidence To Action”.
Hari Jururawat disambut pada 12 May setiap tahun di seluruh dunia. Kalau nak tahu tarikh itu dipilih sebagai mengenang hari kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820.
Florence Nightingale ni adalah seorang jururawat orang Puteh (English Nurse). Beliau juga dikenali sebagai “The lady with the lamp” , maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”,
Pada zaman perang Crimean dalam tahun1854, Beliau selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan. Lebih kurang macam buat ward round lah di hospital. Sebab tu di panggil Lady with the Lamp.
Antara sumbangan Florance ni dalam bidang kejururawatan:
1.Florence telah memperkenalkan jururawat-jururawat wanita dalam perang ketika perang crimean di Turkey.
Pada tahun 1860, Florence juga telah menubuhkan sekolah jururawat di St Thomas Hospital di London.
2.Beliau telah menghasilkan ramai nurse-nurse yang membantu dalam proses kejururawatan.
3.Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk ” Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.
4.Florence juga adalah seorang yang berpengetahuan dan dia juga seorang pakar statistik. Beliau telah menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan pamplet tentang pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.
Florence Nightingale telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 di bilik tidurnya di 10 South street, Dauk Lan, London pada usia 90 tahun. Sempena Mengingati Jasa Florence, 12 Mei di jadikan sebagai Hari Jururawat sedunia.
dari JR
Arra,
Sedikit pembetulan fakta. Sebenarnya maklumat bahwa Florence Nightingale adalah jururawat pertama di dunia kurang tepat.
Jururawat pertama di dunia sebenarnya ialah Rufaidah bt Sa'ad (570-632 M). Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah dunia yg hidup pada zaman Rasulullah SAW dan pernah membantu tentera Islam dalam beberapa peperangan penting yang turut disertai Rasulullah. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya.
Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit.
Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir dari kalangan kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya.
Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan bergerak berdekatan medan perang.
Nabi Muhammad SAW sendiri telah memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh.
Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya.
Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat.
Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun.
Begitulah, ketika kita mengagung-agungkan Nightingale sebagai jururawat yang terkenal ketika peperangan Crimea (1854), kita terlupa sebenarnya ada seorang jururawat Islam yang telah menjalankan tugas kejururawatan 1,200 tahun sebelum Nightingale lahir.

salam;
ReplyDeleteselamat menyambut hari jururawat untuk awak,tanpa jururawad siapalah pesakit..
hihi..happy nurses day !
ReplyDeletehihi..happy nurses day !
ReplyDeleteouh cenggitu..baru tau.ehehe
ReplyDeletearra selamat mnymbut hari jururawat =)
ReplyDeletemerawat dengan penuh sabar dan berhemah heheeee ~
happy nursing day . nurse kat hsptal mane nie?
ReplyDelete1st time here. feel free to vsit speechless009
selamat hari nurse !
ReplyDeletebaru taw lah . thanks !
selamat menyambut hari jururawat arra :) Jasa jururawat memang besar.. bagi jururawat yang manis dengan senyuman lagi ramai org sayang. hehe..
ReplyDeleteArra,
ReplyDeleteSedikit pembetulan fakta. Sebenarnya maklumat bahwa Florence Nightingale adalah jururawat pertama di dunia kurang tepat.
Jururawat pertama di dunia sebenarnya ialah Rufaidah bt Sa'ad (570-632 M). Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah dunia yg hidup pada zaman Rasulullah SAW dan pernah membantu tentera Islam dalam beberapa peperangan penting yang turut disertai Rasulullah. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya.
Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit.
Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir dari kalangan kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya.
Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan bergerak berdekatan medan perang.
Nabi Muhammad SAW sendiri telah memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh.
Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya.
Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat.
Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun.
Begitulah, ketika kita mengagung-agungkan Nightingale sebagai jururawat yang terkenal ketika peperangan Crimea (1854), kita terlupa sebenarnya ada seorang jururawat Islam yang telah menjalankan tugas kejururawatan 1,200 tahun sebelum Nightingale lahir.
untung lah nurse ada harii.
ReplyDeletedoktor takde hari pun kann.
kita lagi powerrr.
weehuuuu
<3
salam, sejarah rufaidah tu, sumbernya dari mana ye? Tq
ReplyDelete