KUALA LUMPUR: Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) meluangkan masa melawat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar, di sini, semalam, untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai operasi penerbitan akhbar dan merapatkan silaturahim.
Kunjungan kali pertama persatuan itu disertai 21 orang diketuai Presidennya, Dr Ramziah Ahmad yang turut melawat operasi akhbar Harian Metro, Berita Harian, New Straits Times serta Pusat Sumber NSTP.
Lawatan hampir dua jam itu disambut Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi; Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro, Johari Mohd; Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein dan Pengarang Berita Berita Harian, Ridzuan Yop.
Satu persembahan video korporat NSTP serta sesi dialog membabitkan pengurusan kanan Harian Metro dan Berita Harian turut diadakan.
Dr Ramziah berkata, lawatan itu bagi mempromosikan kerjaya jururawat ke tahap lebih tinggi seperti di peringkat ijazah berbanding sebelum ini yang hanya sekadar peringkat diploma.
“Kami memberi galakan kepada golongan lelaki untuk menceburi kerjaya sebagai jururawat kerana hanya 10 peratus golongan terbabit menyertainya dan angka ini masih rendah.
“Orang ramai mungkin tidak tahu kerjaya jururawat mempunyai banyak peluang kenaikan pangkat dan kami berharap media dapat memberikan pendedahan mengenai kepentingan kerjaya ini membantu menyelamatkan banyak nyawa,” katanya, semalam.
kalau ada jururawat lelaki senang ckit nak angkat pt.. nak2 pulak kat ortho..kemain berat lagi traction..Fuhhh!
ReplyDelete