Sunday, May 20, 2012

Aku tak makan lagi!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

"Misi...bila lu nak bagi guwa makan ha??" tegur untie cina comel yang ada dekat wad aku..

"Aik..untie..bukan sudah makan ke tadi??" tegur aku pulak tak puas hati.Kenapa ni? akak aku lupa nak bagi makanan ke hape ni..cepat-cepat aku pergi tanya akak aku seorang tu samada dah bagi makanan ke belum...Rupa-rupanya untie tu dah makan..

"untie,jam 5:30 petang nanti ada makan lagi..pergi tunggu dekat katil" beritahu aku kepada untie tu tadi..

ok la..dia dengar cakap aku..jam 5:30 petang makanan sampai..dan aku tengok untie tu makan dengan penuh berselera..macam 3 hari tak makan lagaknya..lapar ke dia??

dah lega la sikit..jam 7:30 malam aku kena pergi tolong wad sebelah..sebab Nurse yang jaga wad tu ada contraction..ok la..just bagi ubat je..patient pun tak ramai sangat..
jam 8 malam aku turun balik wad aku..aku tengok beberapa orang mak cik-mak cik ada depan pintu bersama untie tu tengah main tarik-tarik..

ah! takkan main sukaneka depan wad aku pulak?? haha..
aku tanya la mak cik tu kenapa...dia pun mula bercerita yang untie tu nak balik..cari anak dia sebab misi tak bagi makan..
haha..sakit perut aku gelak..aku pun cakap la kat mak cik tu yang untie tadi ada Dimentia (nyanyuk)...yelah dah 87 tahun..aku pujuk-pujuk juga untie tu masuk dalam wad..

siap dia cakap kat aku..

" lu tak ada duit,macam mana nak belikan guwa makanan??"

sengkek sangat kot untie tu nampak aku..bila aku keluarkan duit dari poket baru dia nak ikut masuk..kononnya percaya yang aku akan pergi beli makanan untuk dia..

dan..untuk yang terakhir kalinya kami beri untie tu air susu segelas besar dengan roti..dan sebagai bukti kami ambil gambar dia tengah makan..
yelah.karang dia cakap misi tak bagi makan kan????






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. hehehe...aunty nieh...nak kene cubit nieh...hehhee...

    ReplyDelete
  2. salam;
    kesian betul awak..Masa aku masauk wad dulu.macam2 perangai pesakit ni tu baru 3malam,tak tahulah aku macam manalah cik misi kita boleh bersabar dgn perangai pesakit2 ni tiap2 hari pulak tu..

    ReplyDelete
  3. sooo funny auntie tu..yelah da tua..nyanyukk kot..sng lupa..hehee...^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE