Wednesday, May 23, 2012

Astro Raikan Kegemilangan Sudirman Hj Arshad


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Astro amat berbesar hati melancarkan kempen Aku Sudirman yang diadakan khas bertujuan memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali individu yang mendapat jolokkan Penghibur Milik Masyarakat dan Seniman Rakyat ini.

Kempen Aku Sudirman, telah menerima sokongan daripada SINAR FM sebagai radio rasmi yang disokong oleh ERA FM, rakan media akhbar Bahasa Melayu; Harian Metro dan The Star bagi rakan media akhbar Bahasa Inggeris.

Bagi menjayakan kempen Aku Sudirman, pihak Astro telah menyusun pelbagai aktiviti seperti program TV, konsert, penayangan filem, album muzik, video klip, peraduan dan banyak lagi yang dijangka meliputi segala jentera promosi.

Antaranya ialah dengan pelancaran filem Hoore! Hoore! arahan pengarah terkenal Saw Teong Hin yang akan mula ditayangkan 24 Mei ini. Filem muzikal yang menampilkan pelakon-pelakon mantap baru dan lama seperti Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi ini menggunakan rangkaian lagu-lagu popular Allahyarham yang diberikan sentuhan semula oleh komposer Audi Mok.

Selain dari acara-acara hiburan, pihak Astro juga akan mengadakan Majlis Tahlil dan Qiamullail bagi memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia anjuran Astro Oasis pada 25 Mei 2012 (Jumaat - Sabtu) bermula pada jam 7.00 malam bertempat di Masjid Asy-Syakirin. Majlis yang terbuka pada umat Islam ini akan turut disertai oleh barisan Imam Muda dari Astro.

Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

  1. Saya memang minat dgn Sudirman, ini kerana lagu2nya punya pelbagai thema kehidupan, bukan saja tentang thema cinta yg sangat menjemukan itu...

    ReplyDelete
  2. ha,a saya pun suka lagu2 arwah sudirman nih =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE