Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
suasana malam makin sunyi..masing-masing dah mula menepuk-nepuk bantal dan menarik selimut..
tunggu dulu mak cik..tunggu dulu untie..ubat belum makan..tekanan darah, suhu badan belum periksa..
lepas tu nak tidur..tidurlah...
dalam sunyi malam itu...sayup-sayup kedengaran suara memanggil
"misi..misi......" dalam pelat cina..
dah tahu dah siapa..pergi jenguk kejap..
"ada apa untie?" tanya aku dengan penuh sopan santuh.cewahhh.hehe
"wa mau minum air ma" alamak..buat muka kesian macam si Yaya dalam cerita BoboiBoy gitu...
alamak!! macam mana ni...
'untie,tak boleh minum air tau..kalau nak,kita masukkan melalui tiub ya" kata aku mengharapkan untie tadi faham dan menghentikan permintaannya..
Ah!! kesiannya aku kat untie tu..dia sakit Cancer Esofagus..jadi ada sekatan di salur makan dia..
dan dah pakai Ryle's Tube..kalau minum via mulut.alamatnya habislah masuk dalam paru-paru..
tapi,untie ni tak dengar cakap aku.sedang-sedang aku menulis di kaunter..kedengaran macam loker ditarik..
rupa-rupanya dia dah minum air dah!!! silapnya aku letak loker dekat-dekat...
aku pergi.terangkan lagi pada untie tu..yang dia memang NOT ALLOW ORALLY!!
dan siap alihkan loker jauh sikit dari katil..
dan aku tengok dia makin sesak nafas..yelah..dah minum air..mungkin masuk paru-paru..memang akan sukar bernafas..
aku tinggalkan lagi untie tu untuk siapkan kerja aku dikaunter..Aih!!! alih-alih ditariknya lagi loker..
bergegas lagi aku pergi alihkan loker tu..kali ni memang jauh..
dan kesian aku tengok untie tu..aku basahkan kapas..dap-dap dekat bibir dia...lepas tu aku beri lagi air melalui tiub..
barulah untie tu dapat tidur..
kadang-kadang kita tak tahu nak menolong..mungkin bagi pesakit ia satu penyiksaan..tapi sebenarnya kita sebagai jururawat juga ada hati dan perasaan..aku jaga mereka-mereka ini macam jaga family aku sendiri..tiada beza..melayu,india,cina.semua aku layan sama..aku juga hanya menjalankan arahan doktor..
" SIAPA SURUH BAGI UNTIE NI MINUM??KAN SAYA KATA TAK BOLEH MINUM??"
marah doktor esok paginya...
Ahhhh!!! sudah....
nak salahkan siapa....
kami menjalankan arahan setakat kami mampu..
semoga teros kuat n tabah dlm melaksanakan tugasan ye..semoga urusan dipermudahkan,,amin ^_^
ReplyDeletehmm...bersabar je lah ye..macam2 karenah pesakit ni...
ReplyDeletebersabarlah. kadang2 itu semua untuk buat awk lebih bijak membuat keputusan masa depan...
ReplyDeletehmmm... kena tabah dan byk bersabar dgn pelbagai karenah dr doktor, pesakit dan keluarga pesakit...
ReplyDeletekerja nurse ni mesti kena hati kuat kan.,.
ReplyDeletesalam;
ReplyDeleteaku faham sangat macam mana tugas misi ni..tapi aku tak boleh menyelami hati dan perasaan mereka bila bertugas.
sian kak misi kene marah dgn dokotor.... hihi...
ReplyDeletealam pekerjaan bnyak dugaannya kan... :)
ReplyDelete