Wednesday, March 7, 2012

SBPA Batal, kembali ke SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). 

Mohd Najib, turut mengumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia. 

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Dalam masa yang sama, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan drpd RM200 sebulan kpd RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan drpd RM100 sebulan kpd RM150 sebulan 


Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.


Perdana Menteri juga mengumumkan :
Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.

Maklumat Penting Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)

1. SBPA – Dibatalkan kembali kepada SSM yang ditambah baik 

2. Penubuhan Suruhanjaya – Mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia Saraan dan rekabentuk masa depan sector awam 

3. Pelarasan gaji berdasarkan Matriks SSM ikut gred sebanyak;
- 13% untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-54) 
- 9% untuk Gred Utama dan Khas C, B, A 
- 8% untuk Turus III dan II 
- 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) 

4. Ubah Matriks kepada minimum dan maksimum – Gred 1-54. 

5. Gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

6. Jusa ke atas kekal SSM pelarasan ikut peratusan. 

7. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kawasan B dinaikkan 200 ke 250 sebulan, Kawasan C 100 ke 150.

8. Insentif Perkhidmatan kritikal, Wilayah, Pedalaman, Subjek Pendidikan dikekalkan ikut peraturan sedia ada 

9. Guru – Kekal keputusan kemajuan kerjaya – time base


Sumber Rujukan: SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus | Anastasyea Blog 



Najib umum SBPA batal, SSM ditambahbaik
KEPUTUSAN SBPA 8 MAC 2012
KEPUTUSAN SBPA
KENAIKAN GAJI 13 PERATUS
SBPA BATAL SSM DITAMBAHBAIK
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DIBATALKAN
SSM KENAIKAN GAJI 13 PERATUS
SISTEM SARAAN MALAYSIA SSM


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

1 comment:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE