Sunday, March 18, 2012

Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat



PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan reflective practice ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
            Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kolej Kejururawatan --------------------------------Tidak lupa juga kepada Penyelaras Kumpulan ---------------------------- dan ---------------------------------- selaku pengajar subjek Professional Development (NPDM 3222) kerana banyak memberikan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ibu bapa saya kerana banyak memberikan sokongan dan rakan-rakan sekumpulan iaitu kumpulan ------------- yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini melalui perbincangan yang dilakukan.
            Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan reflective practice ini kerana tugasan ini banyak memberikan pengajaran yang berguna dan bermanfaat kepada saya.

  
PENGENALAN

            Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan. Reflective practice merujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadian tersebut. Reflective practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang persepsi atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalaman setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran teori.
            Reflective practice ini diperolehi semasa sesi praktikal di wad samada melalui pengalaman sendiri atau pengalaman rakan. Mengumpul dan berkongsi pengalaman dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri.Ianya juga merupakan satu cara meningkatkan kemahiran profesional dan prestasi masa depan dengan menilai keadaan dan kesilapan-kesilapan telah ditekankan dalam banyak profesion termasuk bidang kejururawatan.
            Kaedah-kaedah untuk melakukan reflective practice adalah melalui catatan peristiwa di dalam diari. Kejadian yang berlaku direkodkan dengan ringkas.Selain itu,latihan pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan juga dapat dilakukan. Andaian dikenalpasti dan di ases berkait dengan sistem kepercayaan seseorang.Isu-isu dari pandangan serta teori yang berkaitan diteliti untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik.
            Selain itu juga, sokongan dari rakan sekumpulan dan dari pengajar juga membantu dalam melaksanakan reflective practice  dimana ia turut membantu pelatih dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan meningkatkan pengetahuan agar pelatih dapat mempelajari sesuatu melalui reflective practice tersebut.
Terdapat pelbagai kelebihan amalan reflektif terutamanya menunjukkan bagaimana dan bila tindakan sedemikian seharusnya digunakan oleh jururawat-jururawat untuk pembangunan profesional selanjutnya. Amalan profesionalisme juga berkembang melalui amalan reflektif,  
Amalan reflective practice ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico-legal ke atas jururawat contohnya jururawat mendokumentasikan dengan betul, melaporkan kejadian abnormal kepada doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consent telah ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut ‘Standard of Procedure’ yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi.
Menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.


LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE

DESCRIPTION

            Peristiwa ini berlaku pada 18 Julai 2011 semasa saya di penempatan klinikal di wad 28. Pada hari tersebut saya bekerja shif malam bersama 3 orang rakan sekumpulan. Pada mulanya saya bekerja seperti biasa seperti memeriksa tanda vital pesakit, melakukan jagaan infusi intravena dan sebagainya.
            Pada malam tersebut,saya ditugaskan menjaga kubikal 6 wad 28. Terdapat seorang pesakit yang mengidap penyakit diabetes mellitus. Pada jam 11.20 malam saya melakukan pemeriksaan glucometer terhadap pesakit tersebut. Bacaan capillary blood sugar pesakit semasa itu ialah 14mmol/L. Doktor telah mengarahkan untuk memberikan suntikan Humulin 30/70 sebanyak 10unit.
            Selepas itu, saya memberitahu staff nurse dan diarahkan untuk memberikan suntikan Humulin tersebut. Saya menyediakan ubatan tersebut didalam bilik prosedur wad tersebut.
            Dengan yakin saya menyediakan ubatan itu sambil berbual dengan kawan yang kebetulan sedang berada di bilik prosedur tersebut. Sehinggalah staff nurse wad menegur saya tentang apa yang saya lakukan. Barulah saya menyedari yang saya telah mengeluarkan dos ubat yang lebih iaitu 100unit. Saya dimarahi oleh staff nurse tersebut dan dikatakan mahu membunuh pesakit dengan dos ubat yang saya sediakan.
            Beliau juga menegur saya tidak berhati-hati dan tidak mengamalkan prinsip 7R semasa menyediakan ubatan kerana saya juga tidak mengambil medication chart bersama semasa menyediakan ubatan tersebut. Setelah menyedari yang saya telah melakukan kesalahan,saya meminta maaf dari staff nurse kerana kesilapan saya.
           


            Kemudian,saya telah menyediakan semula dos ubat yang betul mengikut arahan doktor di medication chart. Saya menggunakan prinsip 7R untuk menyediakan dos ubat tersebut sambil diperhatikan oleh kawan dan staff nurse.
            Selesai menyediakan dos ubat yang betul,saya merujuk kepada staff nurse untuk memastikan dos ubat yang saya sediakan adalah betul. Kemudian,barulah saya memberikan ubatan tersebut kepada pesakit
            Saya bernasib baik kerana sempat ditegur oleh staff nurse. Walaupun saya dimarahi,sekurang-kurangnya saya telah sedar akan kesalahan saya dan pesakit yang diberikan suntikan tidak mengalami masalah.



  
FEELING
SEBELUM

                           Sebelum kejadian berlaku saya gembira kerana pada mulanya kerja saya berjalan lancar dan menyebabkan saya lebih bersemangat untuk melakukan tugasan dalam wad Pada permulaan semasa menerima arahan untuk menyediakan ubatan kepada pesakit, saya rasa yakin untuk menyediakan dos ubatan tersebut kerana saya telah mempelajarinya dan telah biasa melakukan prosedur tersebut. Saya yakin untuk menyediakan ubatan tersebut tanpa pengawasan kerana saya merasakan yang saya mampu melakukannya. Saya merasa berani untuk memberikan suntikan kepada pesakit dengan ubatan yang saya sediakan.


SEMASA
          Semasa kejadian dimarahi oleh staff nurse saya merasa agak takut dengan memikirkan apa yang akan berlaku jika staff nurse tidak menegur saya. Saya juga takut sekiranya kesalahan yang saya lakukan akan dibawa ke pihak atasan ataupun klinikal kerana semasa bekerja shift malam jururawat klinikal tidak menjaga kami.
            Saya juga rasa bersalah kerana tidak menyediakan dos ubatan yang betul. Tindakan saya boleh mengakibatkan pesakit mengalami hypoglysemia akibat terlebih dos ubatan insulin memandangkan Humulin adalah ubatan insulin yang mempunyai kesan intermediate acting.
            Selain itu saya menyesal kerana tidak berhati-hati semasa menyediakan dos ubat yang boleh membahayakan nyawa pesakit malah saya berbual semasa menyediakan dos ubat tersebut.


SELEPAS
            Selepas dimarahi oleh staff nurse wad tersebut, saya menjadi tidak yakin dengan diri sendiri untuk memberikan suntikan tersebut yang menyebabkan saya memeriksa dos ubat tersebut berkali-kali sebelum memberikan suntikan kepada pesakit. Saya rasa bimbang sekiranya dos ubat yang saya berikan kepada pesakit masih tidak tepat.
            Saya juga rasa malu kerana dimarahi oleh staff nurse dihadapan kawan-kawan.Saya malu jika mereka mengejek saya kerana saya melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan pesakit mengalami komplikasi.
            Namun, kemudiannya saya merasa lega kerana saya tidak memberikan dos ubat yang salah. Sekurang-kurangnya dengan tindakan staff nurse tersebut saya menjadi lebih berhati-hati untuk memberi ubatan kepada pesakit.




  
EVALUATION
KESAN POSITIF
            Kesan positif dari peristiwa tersebut, saya lebih berhati-hati semasa melakukan prosedur terutama pemberian ubatan kepada pesakit. Saya akan mengamalkan prinsip 7R setiap kali pemberian ubatan iaitu right patient,right drug,right doses,right route,right time,right documentation dan patient right to refuse.
            Selain itu, saya akan lebih bertanggungjawab tentang setiap tindakan atau kesalahan yang saya lakukan. Saya tidak akan menyembunyikan kesalahan yang saya lakukan bagi memastikan pesakit mendapatkan rawatan yang betul dan tepat.
            Saya akan merujuk kepada staff nurse terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap pesakit dan memastikan ada jururawat klinikal atau jururawat yang menjaga wad tersebut memantau setiap prosedur yang saya lakukan untuk mengelakkan berlaku kesilapan yang sama.


KESAN NEGATIVE
            Kesan negatif dari peristiwa yang berlaku ialah saya rasa kurang yakin dengan diri saya untuk melakukan sebarang prosedur keatas pesakit. Saya juga merasa takut untuk melakukan sebarang prosedur keatas pesakit tanpa pengawasan.selain itu,saya juga rasa rendah diri kerana dimarahi dihadapan kawan dan staff wad yang lain.
            Selain itu, staff nurse juga menjadi kurang yakin dengan semua kerja yang saya lakukan kerana bimbang jika saya membuat kesilapan
               Bagi pandangan masyarakat pula mengenai kejadian ini, mereka berasakan jururawat mengambil sikap sambil lewa terhadap perawatan yang diberikan dan tidak serius dalam melakukan tugas. Ini sekaligus sedikit sebanyak boleh mencemarkan nama baik profesion kejururawatan.

ANALYSIS
          Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini,saya dapat  mengatakan bahawa insiden yang berlaku adalah akibat dari kecuaian saya sendiri.menganalisiskan beberapa perkara. Diantaranya ialah saya akan lebih berhati-hati semasa melakukan prosedur terutama pemberian ubatan kepada pesakit untuk mengelakkan berlaku sebarang kesalahan.
            Selain itu saya juga turut akan mengamalkan prinsip 7R iaitu right patient,right dose,right drug,right route,right time,right documentation dan patient right to refuse setiap kali pemberian ubatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang kesalahan semasa pemberian ubatan atau suntikan.
            Saya juga akan lebih bertanggungjawab tentang setiap tindakan atau kesalahan yang saya lakukan dan tidak akan menyembunyikan kesalahan saya yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Saya akui kesalahan yang saya lakukan supaya saya dapat mengambil pengajaran dari kesalahan tersebut.
            Disamping itu, saya akan merujuk kepada staff nurse terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap pesakit.Saya akan merujuk kepada staff nurse atau jururawat klinikal untuk memantau setiap tindakan saya untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi.
            Kesilapan menyediakan atau memberikan dos ubatan yang betul terhadap seorang pesakit akan menyebabkan nama baik kakitangan hospital akan tercemar, kurangnya kepercayaan pesakit terhadap kakitangan hospital terutamanya profession kejururawatan.
            Kejadian yang berlaku ini memberikan pengajaran kepada saya dan mengingatkan diri saya agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tidak membahayakan nyawa pesakit dan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.


ACTION PLAN

            Berdasarkan peristiwa yang berlaku, saya telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi kesalahan dalam pemberian ubatan terutamanya insulin. Saya akan lebih berhati-hati semasa menyediakan dos ubatan untuk mengelakkan dari mendatangkan kesan yang buruk terhadap pesakit. Saya akan bertanya dan merujuk jururawat klinikal terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur untuk memastikan saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan semua prosedur yang saya lakukan mendapat pengawasan daripada klinikal ataupun staff wad.
            Selain itu, saya akan menambahkan pengetahuan dengan membaca tentang penyakit dan komplikasi ubatan supaya lebih memahami tentang kepentingan memberi ubatan dalam dos yang betul. Saya akan bertanggungjawab dalam setiap tindakan saya dan tidak akan menyembunyikan kesalahan saya daripada staff nurse dan jururawat klinikal. Dengan itu, saya dapat membaiki segala kesalahan yang telah saya lakukan selain dari mengelakkan kesalahan daripada berulang.
            Sekiranya saya perlu memberi ubatan, saya akan menyemak fail pesakit, medication chart terlebih dahulu sebelum menyediakan dos ubat supaya saya menyediakan dos ubatan yang betul seperti yang telah di preskripsikan oleh doktor.
            Untuk meningkatkan kemahiran saya dalam menyediakan ubatan, saya akan melakukan suntikan lebih kerap keatas pesakit yang menghidapi diabetis mellitus dibawah pengawasan jururawat klinikal.

  

RUMUSAN

          Setelah melakukan tugasan ini,saya dapat merumuskan bahawa reflective practice ini amat berguna terhadap pelatih agar dijadikan pengajaran serta tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
            Pengajaran yang didapati dari peristiwa yang berlaku boleh dijadikan contoh untuk masa hadapan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi. Dengan itu,akan menjamin keselamatan pesakit.
            Selain dari pengalaman sendiri,pelatih juga dapat mengambil pengajaran melalui pengalaman kawan-kawan pelatih sendiri untuk mengelakkan ianya berlaku terhadap diri sendiri.Reflektif practice ini penting untuk mewujudkan nilai accountability dalam bidang kejururawatan.
            Kesalahan yang saya lakukan pada masa kini akan saya jadikan pengajaran untuk mengelakkan ianya berulang pada masa yang akan datang.

  
RUJUKAN



Clift, R.T., Houston, W.R., & Pugach, M.C., eds. (1990), Encouraging reflective practice in education: An analysis of issues and programs. New York: Teachers College Press.

International Textbook of Reflective Practice in Nursing, Dawn Freshwater (Author), Beverley J. Taylor (Author), Gwen Sherwood (Author)

Reflective Practice in Nursing by Chris Bulman, Sue Schutz


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

13 comments:

  1. boleyh tnya?
    ni sem bpe pnya tajukk?

    ReplyDelete
  2. Yeahhh..nmpak dh contoh...tq2...

    ReplyDelete
  3. Huhhh,cuba la sy jumpa blog awk ni time wt reflective dlu. Hahahahha. Tapi syukur la, smua sdh selesai & dah hbis study. =)

    ReplyDelete
  4. saya rasa words nyer tak ley lebih 750 kan? ni bape ek words nyer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib lebih 300 words la..thanks admin..blong yg sngt membntu

      Delete
  5. mcm ni eh buat dia...nampak dah...Thankssss

    ReplyDelete
  6. agak paham...pening kepala nak buat menda ni...stress...huhu..Tq share pasal ni ekk

    ReplyDelete
  7. Ten q...amat berguna sebagai rujukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Awk bt tajuk apa ek? Boleh sy nak soft copy yg awk punya...

      Delete
  8. nasib baik jumpa blog awak ,boleh bagi idea ttg penulisan saya pasal reflective thinking and writing..
    tqvm

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE