Saturday, March 10, 2012

Suamiku dah ada pengganti



Assalamualaikum wbt.. 


Jam dah menunjukkan pukul 1:48 pagi..baru sahaja balik dari menemani si dia berjumpa dengan teman baik pengganti aku..

aik.bunyi macam lain? memang.memang lain sangat!

mana tidaknya..siang malam si dia sekarang bukan lagi untuk aku seorang..penggantiku juga duduk satu rumah!
kadang-kadang terasa sakit hati..kadang-kadang terasa ingin sahaja menghalau pergi..namun,apakan daya...
si dia teramat menyayangi..

jadi,haruslah aku juga berkorban untuk kebahagiaan si dia yang aku sayangi.

si dia tidak lagi membelai aku seperti sediakala..tapi,melebihkan penggantiku itu..balik kerja..dibelainya..dipuja..dimandikan juga!
selesai dimandikan..juga dilap...manakan aku tidak kecewa..

oh...adilnya dunia pada aku..
kenapa harus aku berkongsi insan yang amat aku sayangi?
kemanakah hilangnya kasih sayang si dia buat aku selama ini?

ke Putrajaya sanggup si dia pergi untuk menemani penggantiku itu..bukan siang.tapi pagi-pagi macam ni..
sanggup menunggu berjam-jam lamanya..
sanggup membeli apa sahaja demi penggantiku itu..
pendek kata sanggup berhabis apa sahaja demi dia..masa dan juga wang....

entah kenapa hatiku terasa pilu..sedih tidak terkata diperlakukan sedemikian rupa..

wahai insan-insan diluar sana..apakah yang harus aku lakukan?
adakah aku harus bersabar sahaja dan hanya membiarkan?

atau...

adakah aku harus mengambil tindakan drastik demi kebahagiaan diri sendiri?

lihatlah dunia..
haruskah aku bersabar dengan penggantiku ini??



p/s: bila si suami gilakan kereta control...:P

ini adalah gurauan semata-mata...hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

13 comments:

  1. Apala hahaha, tp lelaki memang kadang minat pelik, macam saya minat Lego, mmg selalu kene perli ngan girlfriend.

    http://palereddot.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hhahaahahha...adoi2.. suspens jer bace.. ape kata suh suami hadiahkan kereta control satu kat awk and awk pun main la sekali dgn suami..hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. smapai hati bagi bace smpai akhir .. hokhok

    ReplyDelete
  5. minat lah suami kak arra, ehh bukan2. minat kereta control. sy dan suami. ehh silap lagi. sy dan bf pun minat kereta control. :))

    ReplyDelete
  6. haha...biasa la tu..orang tua2 ckp suami kalau zman kcik suka main kereta control atau game,bila dh bsar ttap main..huhu

    ReplyDelete
  7. at least pada cars. kalau pada another women harus la kena ikat kaki tu.

    ReplyDelete
  8. hahaha, lelaki kalau dah minat semua mereka sanggup (:

    ReplyDelete
  9. Alaaa...rosak kerera control tu..dia balik kat bini la tu..

    *serious saspen. haha

    ReplyDelete
  10. hahaha..
    chill out.. name pun lelaki...
    ade my friend, dah kahwin pun sibuk tengok kamen rider.. hahahah XD

    ReplyDelete
  11. arra da kawin ye..hehe, wat suspen je bace tadi..ingatkan duk seumah dengan madu ke ape..:)

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Ahaha. Minat macam tu tak mesti lama pun. kadang-kadang, kejap je.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE