Wednesday, March 28, 2012

Cara memohon kerja jururawat melalui SPA



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ada adik ni tanya..macam mana nak mohon kerja jururawat..minat jadi jururawat eh?hehe
boleh..aku dulu beajar di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian,Kelantan.
aku minta melalui SPA>>>laman web spa

kat situ macam-macam jawatan pun ada..untuk yang tidak tahu..jika minta melalui SPA,kita kerja under Goverment.dan yang terbaru,permohonan untuk Anggota Polis juga boleh memohon melalui SPA mulai 20 mac 2012 baru-baru ini.

bagi yang ingin memohon dalam bidang separa perubatan seperti Jururawat,pegawai farmasi,penolong pegawai perubatan boleh juga memohon disitu.rasanya lebih senang.

dibawah adalah deskripsi latihan Jururawat 



Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:

i)Warganegara Malaysia
ii)Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii)Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv)Keutamaan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

baca lagi disini

nak isi borang,boleh masuk sini
(anda perlu daftar id dahulu..dan id itu akan anda guna untuk urusan selanjutnya.sila jangan lupa lah.hehe)

link 1  atau
link 2

boleh lihat panduan kat sini

itu untuk jururawat.untuk jawatan-jawatan lain,boleh lihat deskripsi tugas kemudian boleh isi borang dengan cara yang sama

p/s: good luck!





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

23 comments:

  1. Sekarang jururawat lelaki pun dah ramai. Yang paling lucu bila jururawat lelaki U29 ni naik pangkat ke jawatan U32 (Ketua Jururawat) dia akan dipanggil sister: 'Halo sister Mat, apa kabar?'.

    ReplyDelete
  2. hehe..tulah kan??
    tapi sbnrnya dengan adanya male nurse ni bagus jugabanyak kerja staff nurse dia boleh tolong.:)

    ReplyDelete
  3. baru malam tadi isik semula borang spa ni..hehehehe

    ReplyDelete
  4. macam best , tapi rasanya takde minat .. hehe ..

    ReplyDelete
  5. dah pergi interview tahun lepas. dan gagal. haktuihhhh!!!!! mencik. tahu la kite ni tembam. tak suka!!! hahahaa

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak:)..hm..bljr kat sne ok kn?:)

    ReplyDelete
  7. terima kasih sis..sbb sahre info :)

    ReplyDelete
  8. masa temuduga tu, soalan pe yg dia bagi sis?

    ReplyDelete
  9. assalam..nak ty admin,,masa saudari mohon latihan nursing melalui spa ni dulu,sebelum spa tawarkan, spa ada buat interview x? contohny, sy ada mohon latihan penolong pgwai farmasi..pasni sy just kena tggu pggilan interview la,mcmtu? tq. ;)

    ReplyDelete
  10. nieyy aiko..nuxx tnyee adexx da mohon spa..tpie xdew sebarang jawapan unn tok pangilan temu duga tok kejururawatan..hmmm..btoii kewr bak kte owank spa nieyhh susa nux dapat??
    plesss commentt..nieyla impian adexx..tpii iff xdew jwapann rcee kecewwaa la pulakk..

    ReplyDelete
  11. salam,,adexx nmee aiko,,adex nux tnyee..adex adew mohon kt spa dlm bidang nursing..tpi sampai sekarang xdew jawapan or paglan ke temuduga..adew rmai yunk cakap kat adex nursing or mne2 kerjaya dlm spa niey susa nux dapat..betol kewr??dari last year adex tggu rce kcewa un adew..tolong la explain ape yunk akak/abgg taw..ea adalah impian adex.. :)

    ReplyDelete
  12. mcm mne nk daftar id?? ke ade nk kne beli no pin kat bsn dlu?? bila je permohonan di kluarkn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu beli apa2 no pin.ikut panduan yang disediakan di portal tersebut

      Delete
  13. salam..selamat hari raya..sy minat sgt2 dlm bdang kejururawatan nie @ mne2 bdang spara perubatn tp xpnh pn dpggil utk tmuduga atau apa2 jwpn drpd phk SPA..huhu..nie yg sy xphm nie knp xde pluang utk sy??umur dh smkin mningkat plak..kecewa n sedeh..huhu..tolong sy sis..mcm mne nie sis?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba perbaharui permohonan..dan cadangan sy ialah cuba pilih jawatan under separa perubatan sahaja.mungkin peluang lebih cerah.g.luck

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum...
    nk tnya bnda yg sama..cmne nk tau permohonan dah di kluarkan ye?ad tempoh x?nk tau di terima cmne plak??hehe..sy bdak bru bljar,..hrp2 bleh tlng tnjukkan ye...terima kasih ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. temuduga setiap 6bulan.bila dah isi SPA,permohonan layak hingga 5 tahun..boleh sentiasa check laman spa tu

      Delete
  16. MACAM MANA PULAK LEPASAN SPNM NK MOHON NURSE NI??NK DFTAR KT MANA??

    ReplyDelete
  17. buntu

    assalamualaikum ..
    sy baru je dpt temuduga jururawat pelatih .. skrg sy confuse sbb sy sedang ambik degree di IPTA .. mne 1 yg patut sy pilih ..? sekiranya sy tolak , adakah sy akn disenaraihitamkn ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.terserah kepada saudari.yang mana lebih minat..dan yang mana yang lebih menjanjikan kerjaya.jika panggilan temuduga sahaja,tidak akan dsenarai hitam.tetapi jika dapat tawaran belajar dan tak terima baru di senarai hitam..

      Delete

Assalamualaikum..
sila tinggalkan komen jika mahu..
jaga kata-kata anda.
no harsh words please...

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE