Wednesday, March 28, 2012

Cara memohon kerja jururawat melalui SPA



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ada adik ni tanya..macam mana nak mohon kerja jururawat..minat jadi jururawat eh?hehe
boleh..aku dulu belajar di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian,Kelantan.
aku minta melalui SPA>>>laman web spa

kat situ macam-macam jawatan pun ada..untuk yang tidak tahu..jika minta melalui SPA,kita kerja under Goverment.dan yang terbaru,permohonan untuk Anggota Polis juga boleh memohon melalui SPA mulai 20 mac 2012 baru-baru ini.

bagi yang ingin memohon dalam bidang separa perubatan seperti Jururawat,pegawai farmasi,penolong pegawai perubatan boleh juga memohon disitu.rasanya lebih senang.

dibawah adalah deskripsi latihan Jururawat 



Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:

i)Warganegara Malaysia
ii)Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii)Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv)Keutamaan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

baca lagi disini

nak isi borang,boleh masuk sini
(anda perlu daftar id dahulu..dan id itu akan anda guna untuk urusan selanjutnya.sila jangan lupa lah.hehe)

link 1
boleh lihat panduan untuk isi borang di link yang sama

itu untuk jururawat.untuk jawatan-jawatan lain,boleh lihat deskripsi tugas kemudian boleh isi borang dengan cara yang sama

p/s: good luck!





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

63 comments:

  1. Sekarang jururawat lelaki pun dah ramai. Yang paling lucu bila jururawat lelaki U29 ni naik pangkat ke jawatan U32 (Ketua Jururawat) dia akan dipanggil sister: 'Halo sister Mat, apa kabar?'.

    ReplyDelete
  2. hehe..tulah kan??
    tapi sbnrnya dengan adanya male nurse ni bagus jugabanyak kerja staff nurse dia boleh tolong.:)

    ReplyDelete
  3. baru malam tadi isik semula borang spa ni..hehehehe

    ReplyDelete
  4. macam best , tapi rasanya takde minat .. hehe ..

    ReplyDelete
  5. dah pergi interview tahun lepas. dan gagal. haktuihhhh!!!!! mencik. tahu la kite ni tembam. tak suka!!! hahahaa

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak:)..hm..bljr kat sne ok kn?:)

    ReplyDelete
  7. terima kasih sis..sbb sahre info :)

    ReplyDelete
  8. masa temuduga tu, soalan pe yg dia bagi sis?

    ReplyDelete
  9. assalam..nak ty admin,,masa saudari mohon latihan nursing melalui spa ni dulu,sebelum spa tawarkan, spa ada buat interview x? contohny, sy ada mohon latihan penolong pgwai farmasi..pasni sy just kena tggu pggilan interview la,mcmtu? tq. ;)

    ReplyDelete
  10. nieyy aiko..nuxx tnyee adexx da mohon spa..tpie xdew sebarang jawapan unn tok pangilan temu duga tok kejururawatan..hmmm..btoii kewr bak kte owank spa nieyhh susa nux dapat??
    plesss commentt..nieyla impian adexx..tpii iff xdew jwapann rcee kecewwaa la pulakk..

    ReplyDelete
  11. mcm mne nk daftar id?? ke ade nk kne beli no pin kat bsn dlu?? bila je permohonan di kluarkn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu beli apa2 no pin.ikut panduan yang disediakan di portal tersebut

      Delete
  12. salam..selamat hari raya..sy minat sgt2 dlm bdang kejururawatan nie @ mne2 bdang spara perubatn tp xpnh pn dpggil utk tmuduga atau apa2 jwpn drpd phk SPA..huhu..nie yg sy xphm nie knp xde pluang utk sy??umur dh smkin mningkat plak..kecewa n sedeh..huhu..tolong sy sis..mcm mne nie sis?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba perbaharui permohonan..dan cadangan sy ialah cuba pilih jawatan under separa perubatan sahaja.mungkin peluang lebih cerah.g.luck

      Delete
  13. assalamualaikum...
    nk tnya bnda yg sama..cmne nk tau permohonan dah di kluarkan ye?ad tempoh x?nk tau di terima cmne plak??hehe..sy bdak bru bljar,..hrp2 bleh tlng tnjukkan ye...terima kasih ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. temuduga setiap 6bulan.bila dah isi SPA,permohonan layak hingga 5 tahun..boleh sentiasa check laman spa tu

      Delete
  14. MACAM MANA PULAK LEPASAN SPNM NK MOHON NURSE NI??NK DFTAR KT MANA??

    ReplyDelete
  15. buntu

    assalamualaikum ..
    sy baru je dpt temuduga jururawat pelatih .. skrg sy confuse sbb sy sedang ambik degree di IPTA .. mne 1 yg patut sy pilih ..? sekiranya sy tolak , adakah sy akn disenaraihitamkn ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.terserah kepada saudari.yang mana lebih minat..dan yang mana yang lebih menjanjikan kerjaya.jika panggilan temuduga sahaja,tidak akan dsenarai hitam.tetapi jika dapat tawaran belajar dan tak terima baru di senarai hitam..

      Delete
  16. jadi jururawat ,, bahasa inggeris kena kredit ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelayakan untuk memohon ialah kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

      Delete
  17. ala,math lulus je,bi pun lulus...yg lain ckup..haihh..sadis

    ReplyDelete
  18. akak kenapa saya mohon melalui spa lambat sgt nak taw keputusan , adakah kesilapan saya isi borang spa online , minat sangta nak jadi jururawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu memenuhi syarat y disediakan..perlu slalu bhubung dgn laman web spa tu.dan kalau permohonan 2 dah lama sangat,boleh cuba renew.dan mohon jawatan under separa perubatan sahaja.
      akak tak sure,mgkin sekarang ramai yang memohon nak jadi jururawat.tp,jgn bimbang..ada rezeki nanti akan dipanggil temuduga.

      Delete
  19. cmne cara nak isi..guide me please!

    ReplyDelete
  20. Klu nk mtk tentera blh pkai spa8 jgk jer?

    ReplyDelete
  21. Klu nk msuk tentera blh pkai spa8 x?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum . saya ada dapat temuduga jd Nurse kat SPA . Saya nak tnyaa apa soalan yg selalu kena tnya time interview tuu . sebab sy akan interview bulan depan . Doakan saya . sebab tuu je cita2 sy & harapan mak ayah saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh search dekat blog ni "soalan lazim temuduga jururawat".:)

      Delete
  23. salam nk tnya klu dia tulis xmelepasi syarat tu masuk dia xcukup syarat n xleh ke nk memohon ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. xcukup syarat yang tertera kat laman web tu..boleh memohon utk jawatan yang cukup syarat la.

      Delete
  24. untuk latihan jururawat nak apply mana ye?

    ReplyDelete
  25. Salam kak, sya ada nak tnya skit..saya agak tekanan utk memikirkan permasalahn ni.. family sruh sya buat ploihan sama ada sambung degree atau masuk SPA..contohla sya dpat SPA bhgian nurse..dah blajar 3 thun, confirm kah sya dpt kerja kat dlm hospital? apa klebihannya klu sya kerja kat SPA ni.. saya agak tekanan memikirkn permaslahan ni..sya harap kkak boleh membantu sya..sebab sya nak masuk Universiti, disamping tu sya b'fikir jga kemahuan kluarga dn klebihan yg ada kat dlm SPA ni..tolong sya..sya dilema..

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. separa perubatan tu macam mana sis ? nak sgt jawapan sbb saya baru je isi spa ni. huhu :)

    ReplyDelete
  28. Da lbh 25 thn xleh apply ke huhu swdih

    ReplyDelete
  29. salam..saya telah bekerja di hospital PPUM(separuh kerajaan,separuh swasta),Petaling Jaya..gred U29.. saya nak pindah ke hospital kerajaan di kampung sy,ngeri sembilan..jadi sy kena isi borang SPA jgk yer?...adakah besar peluang sy diterima? boleh ker sy pilih hospital yg sy mahu?

    ReplyDelete
  30. sy nk sgt jd jururawat.tp math sy dpt D.pasti xlepas kn.

    ReplyDelete
  31. salam.bolehke graduan yg dh ade degree mohon nurse under spa? umur still under 25thn.. dan bila ye tawaran utk nurse ne dibuka?

    ReplyDelete
  32. salam.sis, boleh ke org yg dh ade degree ijazah nk mohon nurse under spa ne? mcm berminat la..hehe..

    ReplyDelete
  33. Boleh mohon walaupun dah ada degree.

    ReplyDelete
  34. nak tanya nak tanya,,, kalau lepasan matrik leh ke mohon???huhu

    ReplyDelete
  35. salam sis ... saya nak tanya .... dalam borang tu kan ada separa .... mcm mna plak yg tu ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Separa perubatan jawatan y sy sebutkan diatas...seperti nurse, farmasi..

      Delete
  36. Saya shirin lepasan spm 2015... jadi sy bkn aliran sains...sy ingin bljr teknologi makmal perubatan..melalui spa blh ke?

    ReplyDelete
  37. salam sis. kenapa link yg sis bg utk isi borang tu takleh nak buka eh?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..akak nk tnya..mcm mana putihkan semula senarai hitam tu? Sbb saya dh lama mohon..tunggu lama..

    ReplyDelete
  39. Salam Tuan / Puan.. saya sofia pelajar lepasan 2012 .. saya minat sangat bidang ni .. dari dulu isi SPA ni .. tapi tak pernah dapat pun sampai sekarang .. rasa kecewa tu bukan main lagi .. kawan2 semua dah dapat .. saya sorang je yang tak dapat ?? Kenapa ?? Paduhal selalu ke kemaskini maklumat ..

    ReplyDelete
  40. Salam bos, anak aunty baru dpt result spm 2017, dh buka laman web spa8, dh isi semua mklumat yg diminta, tp tkde ruang isi result spm...memang mcm tu...

    ReplyDelete
  41. salam kak arra, saya lepasan diploma elektronik boleh ke tak memohon?

    ReplyDelete
  42. nk tanye ni.. kalo setiap hari update SPA8i ni blh ke

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum, ada cara lain ke utk jadi jururawat kalau umur sudah melepasi 25 tahun?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE