Sunday, March 4, 2012

Buat kek lah sangat!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

terasa kelakar pula apabila mengingatkan kisah minggu lepas..
alkisahnya aku nak buat kek..keknya dah biasa la buat..
rasa nak buat topping dengan coklat ganache tu..

jadi,search la dekat google cara nak buat coklat ganache memandangkan aku ni bukan expert buat benda tu..
jumpa!
dalam tu tulis letak 
dark coklat
mentega 
dan
whipping cream

dah search apa semua tu..bertolak lah ke pasaraya yang terdekat untuk beli barang-barang untuk buat kek..
sebenarnya kek tu untuk anak saudara aku yang menyambut hari jadi nya yang ke 4 kali..umur dia bukan 4 tahun tapi16 tahun (lahir tahun lompat)

cari punya cari bahan-bahan tu..tinggal satu saja lagi...whipping cream! alamak! whipping cream ni macam mana pula rupanya..serius tak pernah ambil tahu..cari punya cari tak ada barang yang ada label whipping cream.jadi aku balik dengan bahan-bahan yang lain tanpa whipping cream..

dalam perjalanan pulang ke rumah..aku singgah la dirumah kakak aku..
sambil-sambil berbual,aku tanya la anak saudara aku apa benda yang dipanggil whipping cream tu memandangkan dia biasa buat kek.

tup-tup dia pun tak tahu...
yang kelakar dan buat aku rasa nak pecah perutnya..kakak aku tiba-tiba datang tanya 

"whipping cream tu jenama apa,Avon ke?"

dengar je dia tanya macam tu..rasa nak terjun dalam telaga pun ada..haha
aku ingat aku je yang tak tahu..rupa-rupanya ada juga yang tak tahu..

last-last..balik rumah dengan tawa yang masih lagi tersisa

p/s: gelak kemain!!! haha






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

11 comments:

  1. adei , pagi2 dah tergelak baca entri ni... hehe

    ReplyDelete
  2. salam;
    Yelah..mcm mana cerita kek tu?...jadi ke?.

    ReplyDelete
  3. haha..lawak kakak arra tu..cmne la dia leh ingt whipping cream tu dr AVON..

    ReplyDelete
  4. aslmkum....tak pernah buat kek pun... hihihih...so jadi ke kek tu ?

    ReplyDelete
  5. hahahaha...whipping cream brand avon.1st time dengar

    ReplyDelete
  6. Kek tetap kek sama ada jadi atau tak jadi, sedap atau tak sedap kan??

    ReplyDelete
  7. haha..avon le pulak peginye ingat krim pemutih ke.. hahaha.. whiping cream tu selalu ada jual kat kedai barang2 kek. Guna whiping nie berlemak sikit memang sedap.

    ReplyDelete
  8. hahaha.. ape lah. tu pun x taw :P

    ReplyDelete
  9. haha..x tahan tu Avon dibelasahnya..kehkeh2~

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE