Sunday, March 4, 2012

Analgesik


Analgesik ialah ubat yg boleh mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit tanpa gangguan kesedaran.

Kategori- Di bahagikan kpd:
  1. Analgesik lemah – Untuk sakit ringan/ sederhana
  2. Analgesik narkotik- untuk sakit yg kuat.

Contoh Analgesik Lemah
  1. Asetilsalisilik Asid (Aspirin – Tab 300mg)
Tindakan,
-          Menghilangkan rasa sakit
-          Menghilangkan panas badan
-          Menghilang/ mengurangkan bengkak atau sengal di sendi tulang.

Kesan Sampingan:
-          Pendarahan gaster
-          Memudaratkan ulser
-          Meningkatkan “Protrombin Time”
Dos (Oral): 1- 8 Gm DDD


2. Paracetamol (Acetaminophen tab 500mg)
Tindakan
-          Menghilangkan rasa sakit
-          Mengurangkan panas badan
Kesan Sampingan:
-          Kerosakan ginjal
Dos: 0.5 – 1Gm dan maksimum 4GM DDD
Kaedah Pemberian:
-          Oral
-          Suntikan
-          Supositori


3. Indomethacin ( Capsule)
Tindakan
-          Menghilangkan rasa sakit
-          Mengurangkan bengkak/ radang
-          Melegakan sengal sendi
-          Mengurangkan panas badan.
Kesan Sampingan:
-          Pening kepala
-          Hilang selera makan
-          Ulser perut
Dos (oral): 50 – 150mg DDD


Contoh Analgesik Narkotik
Tindakan / Kegunaan:
-          Bertindak pada sistem saraf pusat dengan mengubah penerimaan rangsangan rasa sakit di otak supaya kesakitan tidak boleh dirasai.
-           Menekan  saraf pusat pernafasan, batuk dan muntah.
-          Menyebabkan ketagihan

Contoh2 Ubat:
  1. Morfin
Tindakan / Kegunaan;
-          Menghilangkan rasa sakit
-           Menekan  pusat batuk, otak dan pernafasan
-          Mengurangkan lelehan dari kelenjar – kelenjar
-          Menambahkan ketegangan otot – otot cengkaman di saluran makanan –Mencegah cirit birit
-          Menghilangkan kerisauan
Kesan Sampingan:
-          Ketagihan
-          Khaya;l
Dos: 8 – 20 Mg
Kaedah Pemberian:
-          Oral
-          Suntikan subkutan / Im

2. Diamorfin (Heroin)
Tindakan / kegunaan
-          Sama dengan dgn Morfin tetapi lebih kuat.
Kesan Sampingan:
-          Ketagihan
Dos (Oral / Suntikan ) : 10Mg

3. Pethidine HCL (Tab 50mg dan Suntikan 25 dan 50mg/ml)
Indikasi/ Tindakan Ubat
-          Melegakan kesakitan yang sederhana dan kuat
-          Mententeramkan
-          Diguna bersama dgn ubat bius Nitrus Oxide dan oksigen (Pre – Op analgesia).
Kesan Sampingan:
-          Ketagih                 
-           Khayal
-          Pening                   
-           Mual dan muntah
-          Meromok pernafasan bayi.
Dos: 50 – 100 Mg
Kaedah Pemberian : Oral/ Subkutan / Intra - otot

4. Methadon HCL ( Tab 5Mg, Suntikan 10Mg/ Ml)
Tindakan
-          Menekan pusat batuk
-           Menekan  pusat pernafasan
Kesan Sampingan:
-          Ketagih                  
-           Mual
-          Muntah                 
-           pening kepala
Dos (oral dan suntikan ): 4Mg Setiap 4jam

Nasihat semasa penggunaan ubat analgesik Narkotik:
-          Elak guna tempoh lama – Utk elak ketagihan
-          Usaha utk mengurangakn penggunaan Narkotik dan menggalakkan penggunaan alternatif harus di beri keutamaan.
-          Beri penekanan berkenaan bahaya penyalahgunaan dos dan regimi yang di benarkan.
-          Elakkan memandu jika mengalami kesan buruk Narkotik.
-          Elak mengabil alkohol dan ubat CNS ( depressent )


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

11 comments:

  1. Kak boleh tanya sikit tak?? Akak ni kerja sebagai Jururawat ker??

    ReplyDelete
  2. nasib baik tak berbelit lidah nak menyebutnya.hehehe

    ReplyDelete
  3. Semua ubat ada kesan sampingannya. Tapi kita tiada pilihan bila berdepan dgn kesakitan yg perlu diredakan segera atau kesakitan berpanjangan di masa depan...

    ReplyDelete
  4. Salam.. nak tambah sikit.. kesan sampingan PCM liver disease.. Not sure about kidney affect. Tapi mostly pt with overdose PCM will affect liver..
    Maaf andai silap.. :)

    ReplyDelete
  5. salam. nk tnya. ada difference injection epidural and injection analgesic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..berbeza..epidural ialah bius..analgesik ubat tahan sakit..cara pemberian ubat juga berbeza

      Delete
    2. wslm..berbeza..epidural ialah bius..analgesik ubat tahan sakit..cara pemberian ubat juga berbeza

      Delete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE