Sunday, March 25, 2012

aku yang terseksa



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

klik sini dulu

hai..hai..agak sibuk dua tiga hari ni memandangkan flight dah bersedia nak berlepas ke Johor..(tipu je...jangan percaya..hehe) padahal naik kereta je..tu pun tumpang abang...

sibuk untuk lapor diri yang dah tak berapa lama..si anak dah mula menghitung hari untuk ditinggalkan..Mr PPP pula menghitung duit untuk rumah kat sana..aku pula menghitung saat-saat ditabalkan menjadi Jururawat..aih!!!

tapi..bab itu tak apa..panas siang tadi tak hilang lagi ni weh..
okey..ayah aku minta cuti dengan pokok-pokok getahnya untuk hantar aku ke klinik sebab dia memang tak pernah harap aku bawa kereta dia..padahal sama-sama dapat lesen dah..

so,mak aku pun nak ikut sekali pergi bank..masa aku sampai kat klinik tu dengan muka manisnya aku bagitau kat kaunter aku dah buat temujanji untuk jumpa doktor..
sempat kerling jam kat dinding..okey jam 8.15 pagi...dalam hati berkira-kira..bagus juga..boleh balik awal...

tunggu punya tunggu..hingga yang datang lewat dari aku pun dah dapat nombor..apesal nama aku tak panggil-panggil lagi?
dengan muka sebal,bangun pergi tanya kat kaunter selepas mak aku paksa suruh pergi tanya...
rupa-rupanya dia tak nampak kad aku!!!punyalah besar gedabak kad tu ok..dengan muka masam aku ambil kad yang tertempek nombor giliran 2005 tu.

selepas tu..tunggu lagi untuk jumpa doktor..jam 9......jam 10....jam 11...aku pun mula gelisah..mak aku dah start urut betis dah..
ayah aku pula dah berulang kali keluar masuk klinik..tanya
" dah ke belum? "
lagaknya macam aku nak beranak je..haha

jam 12...jam 1...aih!!!! lambatnya....bila nombor aku nak panggil ni???
daripada klinik yang tak ada orang jam8 pagi tadi...dah kosong balik..hanya tinggal kira-kira 15 orang yang masih sabar campur gelisah bagai nak rak menunggu nombor giliran dipanggil...setengah jam,seorang pesakit...

isi perut aku pula asyik berasak-asak nak keluarkan isi..

jam 1:30.ting!!!! 2005 dipanggil...aku pun masuk dengan muka yang dah tak berapa nak senyum...
doktor tu tanya lebih kurang dan cop borang medical checkup aku..
tak sampai pun 10 minit!

alamak ai...5 jam aku tunggu untuk dapatkan cop yang hanya tak sampai 10 minit!! kalau aku tak kesemputan..memang aku dah cabut balik...

kemudian..teman pula mak aku pergi bank..masa teman mak aku dekat kaunter tu terasa isi perut nak terburai!! alamak...masa ni la dia nak buatnya..lepas dapat duit je aku dah jalan kat depan..mak aku kat belakang..

fikir punya fikir...dah temui kat mana tandas yang paling dekat..
aku siap pesan dekat mak...

" mak,jalan cepat sikit...org jalan dulu ni "

ahhhh!!! dah tak tahan..aku lari-lari kucing menuju ke tandas yang paling dekat...ayah aku yang dah start kereta tu terpaksa tunggu lagi..haha

p/s: mak aku cakap kalau dah Raja panggil (nak buang isi perut) memang dah tak boleh tahan-tahan..memang kena mengadap dulu...>>istilah orang dulu-dulu




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. biasalah .. jumpe tak smpai 5mnit pun hado .. hee .

    ReplyDelete
  2. Memang mcm tuh taw. seriously sakitnya hati kalau macam tuh. and Shiema memang sangat tak suka menunggu

    ReplyDelete
  3. ouh ni bakal jadi jururawat la ni .. ehehhe ehh tolong2 syu sakit prot ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. uihh... dasyat kata-kata orang lama-lama eh. raja. hihi...baru tahu

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE