Wednesday, April 4, 2012

7 kelebihan kerjaya sebagai jururawat



1. Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.

2. Peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.

3. Jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.

4. Profession kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara kita, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

5. Pasaran kerja yang sentiasa ada. Tidak seperti profesion lain, kerjaya jururawat sangat diperlukan sepanjang masa. Mereka boleh bertugas sama ada di rumah pesakit, bekerja di hospital swasta atau hospital kerajaan. Jika anda terpaksa berpindah ke tempat baru mengikut keluarga anda sekalipun, anda akan dengan mudahnya mendapatkan kerja di tempat baru tersebut.

6. Kerjaya yang selamat walaupun ketika dilanda kemelesetan ekonomi atau konflik politik di sesebuah negara. Anda tak perlu risau kena buang kerja.

7. Anda boleh pilih bidang pengkhususan yang anda mahu apabila bekerja sebagai jururawat. Misalnya, anda nak jadi jururawat specialist pathologist yang hanya merawat penyakit berkaitan tisu dan darah. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam kerjaya jururawat, anda pasti tidak bosan dengan profession ini.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. mama ad suro jd nurse tp jiwa neh tak masukkkkkk ah . haha :)

    ReplyDelete
  2. ye ke? sye pnh jumpe ngan jururawat yg ske layan pesakit lelaki je pastu time foreigner sakit, sehabuk english pun x bleh ckp....sorry, realiti...

    ReplyDelete
  3. its sounds good, tp sy da terjebak dgn engineering. :)

    ReplyDelete
  4. tahniah. heee.. bangga L..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE