Wednesday, April 4, 2012

Soalan Lazim Temuduga Jururawat


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ada di antara kita ni bakal menghadapi temuduga untuk memasuki alam pekerjaan sebagai jururawat..
di sini ada beberapa soalan lazim yang ditanya semasa temuduga..
harap ia dapat membantu korang la..

1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang Anda pohon)

2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahap minat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)

2. Apakah beza jururawat dan pelajar jururawat

3. Apa fungsi organ-organ badan?

4. Apakah penyakit terkini yang Anda ketahui? Berikan punca penyakit tersebut.

5.imunisasi kanak-kanak- yang ni soalan untuk aku dulu..nasib baik ada  anak,ingat la sikit2..yang selebihnya hantam kromo je..hehe

6.Beza tugas jururawat mengikut pangkat

7.pakaian jururawat

8.Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?

9.Apakah 10 S

10.Apakah sifat yang perlu ada pada seorang jururawat

11.Apa beza klinik dan hospital?

12.kenapa anda fikir anda layak menjadi Jururawat

13.terangkan aliran darah dalam badan

14.Selain itu anda juga perlu ketahui dan hadam tentang gred jawatan yang Anda pohon, rujuk maklumat di bawah sebagai panduan.

Peringkat jawatan jururawat dalam sektor awam:


~ Dalam latihan \ Tamat latihan


~ Jururawat pelatih U29 \ Jururawat Terlatih U29
(Diploma holder)


~ Jururawat masyarakat pelatih U19 \ Jururawat Masyarakat U19
(Certificate holder)


Ini adalah gred jawatan dalam sektor awam.


U19 – Jururawat Masyarakat
U29 – Jururawat Terlatih
U32 – Ketua Jururawat (Sister)
U36, U38, U40 – Penyelia Jururawat (Matron)


U41 & U42 – Jururawat Terlatih (biasanya pengajar,pengarah kolej)

(from jururawat.net)

15.Selain itu,biasa juga ditanya tentang diri sendiri sahaja.cara memperkenalkan diri dengan betul dan hanya mahu melihat keyakinan korang semasa bercakap

so,kepada yang akan menghadapi temuduga, aku doakan orang berjaya tau..jangan nervous-nervous..


p/s: nursing~ tarbaiiiikk



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

13 comments:

  1. terima kasih sbb berkongsi ttg profession jururawat..bln 6 nie sy seat for ljm.. takut plak nk interview nnti...

    ReplyDelete
  2. thanks ya , ahad ni ja temuduga , sangat nervous . huhu :)

    ReplyDelete
  3. thankz. soklan nih dia tnya x msa nk tmuduga tok smbung blajar kos nursing??ainun jumaat dpn. tkttttt~~

    ReplyDelete
  4. Thanks.. 30hb April temuduga. wish me luck :)

    ReplyDelete
  5. ni copy daripada JURURAWAT.NET kan ... kalau korang nak tau lagi banyak pasal jururawat ni. Pergi ke http://Jururawat.net . senior-senior yang pernah kena soalan dah kongsi apa soalan yang penemuduga tanya.

    ReplyDelete
  6. sabtu ni ade temu duga . sc dgn math memang cukup-2 makan . tp sye memang minat dgn nursing nii . minatt sangatt ! insyaAllah kan ?

    ReplyDelete
  7. thanks :) 06hb 4 nanti ada interview. wish me luck korg . nervous sangat ..

    ReplyDelete
  8. thanks... ada sedikit membantu :)

    ReplyDelete
  9. thanx 4 share ,sy interview 29 april ny,first time interview ,tggu hampir sethn , btl2 bersyukur akhirnya ade jgk panggilan ,wish me luck,bnyk2 soalan takut nk jwb soalan yg psycho,,;(

    ReplyDelete
  10. thanks for the information . tomorrow gonna sit for the nursing interview . much nervous :")

    ReplyDelete
  11. jumaat 25hb 10 ni intrview Latihan Jururawat diploma holder..tQ 4 the information..

    ReplyDelete
  12. Thanks... next monday my turn... wish me luck...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE