Tuesday, April 3, 2012

Hari Pertama,kakiku melecet!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Amaran!!ini bukan cerita lucah!!hehe

ini cerita hari pertama aku di Hospital Tangkak..first view,Hospital Tangkak terletak cantik nun di atas bukit.tak ada lah tinggi sangat..tapi agak lenguh untuk pergi satu- satu department..dalam cuaca panas lagi..

okey..hari pertama aku bekerja sangat penat weh..tapi tak sabar nak citer kat korang sebab excited..hehe

aku ingatkan aku seorang je staff baru.rupa-rupanya ada lagi seorang..jadi aku couple dengan dia la pergi mana-mana pun...perempuan ok..hehe

pagi-pagi lagi dah tunggu dia dekat depan MOPC, MOPC ni macam klinik pakar kot..untuk pesakit temujanji...aku tunggu la depan tu untuk thumb print..lepas tu sama-sama ke wad 3 (wad perempuan).

punya la cuak bila masuk dalam wad tu..nasib baik ada staff nurse yang sister kenalkan semalam..apapun,staff dekat situ ok..kami je macam blur sikit..errr..banyak kot..haha
apapun...wad tu tak macam wad yang aku kerja sebelum ni di Hospital Raja Perempuan Zainab II di kota Bharu..wad dia tak de la sibuk sangat..yang jadi sibuk tu sebab semua pakai rekod bertulis lagi.kalau kat Kota Bharu dah pakai komputer..jadi,walaupun pesakit tak ramai, boleh dikatakan sibuk la..sibuk menulis..

lepas tu,Sister call minta kami pergi wad 2 (wad lelaki) untuk membantu..walhal kami tak pandai dan tidak membantu..apapun.nak beritahu juga..kami buat admission 1 jam tak siap lagi..hehe..sebabnya..berbeza sangat dengan hospital dulu..

kami makan pun jam 3 petang..sebab tak sempat..kemudian Sister bawa kami keliling  satu hospital..okey.hospital ni tak ada la besar sangat..cuma banyak berbukit bukau..hinggakan kaki melecet..sakit woo..
jalan banyak..hehe

hari pertama boleh dikatakan dah berjaya..menanti hari-hari seterusnya berlalu..

p/s: nice view,nice work,nice story.

Sister = ketua jururawat



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

11 comments:

  1. ADIK IPAR BONDE PON BARU DPT POSTING SEMALAM SEDIH OHHH DAPAT KAT SELANGOR JUGA TP DAERAH SABAK BERNAM, SEDANGKAN DIA TINGGAL DI BANTING....

    ReplyDelete
  2. semoga rajin bekerja yer kak arra :)

    ReplyDelete
  3. Jururawat adalah kerjaya mulia. Bila lahir jururawat yg menyambut, bila sakit jumpa jururawat di wad, bila meninggal jururawat yg menyaksikannya...

    ReplyDelete
  4. Semoga kaan diteruskan dengan hari hari yang best lagi after this.

    ReplyDelete
  5. woahhh..suda bertugas =) selamat maju jaya

    ReplyDelete
  6. nanti citer sekali tempek gambar sekali tau sis :) hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE