KUALA LUMPUR: Pemohon yang gagal mendapatkan bantuan kewangan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi peluang untuk membuat permohonan semula, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Tempoh rayuan BR1M dilanjutkan sehingga hujung bulan ini manakala tarikh sah laku baucar BR1M ditetapkan sehingga 15 Mei, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Katanya sehingga 17 April, permohonan yang tidak berjaya adalah seramai 693,000 atau 14 peratus daripada keseluruhan permohonan.
"Antara alasan permohonan tidak berjaya adalah permohonan bertindih, maklumat pemohon, pasangan dan tanggungan tidak lengkap, pendapatan isirumah melebihi RM3,000 serta pemohon atau pasangan adalah termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan," katanya semasa menjawab soalan Senator Lihan Jok.
Awang Adek berkata BR1M diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama mahu pun latar belakang politik serta tidak wujud pilih kasih daripada segi pengagihan BR1M.
"Kerajaan telah mengenal pasti hampir 207,383 nama yang disenarai di bawah e-Kasih, isirumah yang menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Orang Asli yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli yang masih belum memohon.
"Mereka ini akan disenaraikan sebagai penerima BR1M serta akan dipastikan tiada yang tercicir," katanya.
Awang Adek menjelaskan bahawa sehingga 17 April, program BR1M telah melibatkan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah atau 66 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara.
"Syor untuk meneruskan BR1M pada masa akan datang akan dinilai oleh kerajaan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara dan kesesuaian pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA
Seronoknya rakyat dekat pilihanraya ni, minta apa pun dapat. Kalau pilihanraya tiga tahun lagi pasti seronok, dlm tiga tahun ni mungkin banyak lagi yg rakyat dpt untuk memancing undi. Tapi apa nak buat penggal Parlimen akan berakhir tak lama lagi.
ReplyDeleteYg tak seronoknya ialah lepas pilihanraya nanti: mungkin minyak naik, tol naik dan bantuan itu ini tak ada lagi hingga dekat2 pilihanraya akan datang baru tali pancing dihulurkan kembali untuk mengaut simpati...
BR1M ni memang wajar diteruskan sebab ramai rakyat malaysia yang memerlukan duit dan hidup susah
ReplyDeletehaha. sokong JR.. kita tgk nt.. huu
ReplyDelete