Monday, April 9, 2012

Panduan Menghadiri Temuduga



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hari ini aku ingin berkongsi tatacara atau tips asas untuk menghadiri temuduga..harap ianya berguna untuk korang yang bakal menghadiri temuduga..

straight to the point jelah,tak pandai buat intro.haha

Pakaian yang dipilih mestilah sesuai.bagi lelaki mestilah memakai kasut kulit hitam,rambut mestilah pendek dan kemas.Elakkan memakai selipar atau kasut sukan..juga tidak boleh memakai T-shirt,seeloknya memakai baju kemeja dan bertali leher.baju batik juga tidak sesuai untuk menghadiri temuduga.
bagi wanita,memakai pakaian yang menutup aurat dan kemas contohnya baju kurung atau baju kebaya.Juga perlu memakai berkasut yang bertutup.

Bawa keperluan seperti sijil yang difotostat dan juga yang asal mengikut keperluan jawatan yang dipohon.sediakan semuanya dalam satu fail supaya memudahkan penemuduga.
masuk jika disuruh masuk,ketuk pintu dan berikan salam,ucapan selamat pagi,selamat tengahari atau selamat petang.dan jangan lupa untuk senyum.selain menampakkan korang tenang,ia juga boleh memberikan keselesaan kepada korang dan juga penemuduga.

berjalan dengan baik,jangan berjalan seperti gangster kerana ia menunjukkan keperibadian korang.Berjalan dengan yakin dan cermat..kang tergolek depan tu ha..sape susah?hehe

dan jangan lupa untuk menutup semula pintu dengan cermat.jangan biarkan pintu terbuka jika korang memang nakkan kerja itu.dan jangan sesekali menutup pintu dengan kuat.hehe

kemudian duduk jika disuruh duduk.jangan duduk selagi tidak disuruh.Apabila duduk,duduk dengan selesa,sempurna dan tegak.elakkan meletakkan beg tangan diatas riba bagi wanita.letakkan ditepi kerusi.bebaskan diri dari memegang apa-apa barang dan jangan ubah kedudukan kerusi mengikut keselesaan korang.hanya duduk sahaja.cuba elakkan duduk dengan menyilang kaki.

selain itu,jangan meletakkan siku diatas meja penemuduga..jangan melihat sekitar dan menjenguk kertas-kertas yang ada diatas meja penemuduga.kalau aku yang jadi penemuduga memang aku dah lempang tau..haip!

biarkan penemuduga yang memulakan perbualan..jawab segala soalan yang ditanya dan kekalkan eye contact dengan penemuduga..jangan main mata pulak..ada yang kena tendang keluar nanti..jawab dengan suara jelas,terang,yakin dan teratur.elakkan ayat yang berbelit-belit..kalau bukan penemuduga yang pening,lidah korang pula yang tergeliat.haha

selain itu jangan pula korang bercakap berlebihan dan juga hal-hal yang tidak penting.

tumpukan perhatian dengan soalan yang diberi.jangan pula nanti kena tanya balik soalan yang ditanya.cuba kembangkan jawapan "ya" dan "tidak" dengan alasan yang munasabah.
bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga,kerjaya,pengajian korang dan lain-lain.

jangan sesekali bersikap angkuh dan bersikap acuh tak acuh terhadap penemuduga.gunakan satu bahasa sahaja dan jangan campurkan dengan bahasa yang lain.jangan sesekali menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap.

cuba kembangkan jawapan kepada soalan yang diberi kepada tajuk yang menarik minat penemuduga.Jika penemuduga meminta soalan dari korang,berikan soalan yang berkaitan sahaja.jika tiada soalan beritahu yang korang tiada soalan.dan biarkan penemuduga yang menamatkan temuduga.

diakhir temuduga ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menghadiri temuduga.elakkan terus keluar sahaja tanpa mengucapkan terima kasih dan jangan sesekali lupa untuk mengambil semula fail maklumat korang.

Akhir sekali,korang boleh berdoa je yang korang akan berjaya dalam temuduga tersebut.kalau korang dah usaha yang terbaik,tak mustahil dengan senang je korang boleh dapat kerja tu..

artikel ini adalah ringkasan dari video hasil dari lakonan pelatih IKM Jasin,Terbitan Media IKMJ ..untuk lebih faham,korang boleh tengok.

selain itu,korang juga boleh tengok di sini Tips dan Panduan Lulus Temuduga sektor kerajaan dan swasta







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. hahaha. aku dah lama tak g interview. dah lupe dah macam mane jadinye

    ReplyDelete
  2. rase dh lame sgt tk g intebiu..hehehe..mls dh kot rse nk g..=P

    ReplyDelete
  3. huu. dah lepas zaman temuduga. haha.. mungkin nanti akan ada lagi temuduga..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE