Friday, February 15, 2013

Bawa Durian untuk Misi nanti...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari demi hari tak ada cuti buat aku.penatnya usah dikata..rumah pun rasanya dah tunggang terbalik..balik dari kerja,penat..tengok rumah pula berselerak..padahal duduk bertiga sahaja..perut pula makin membesar..bila kerja pagi,petang baru boleh makan..tak sempat!

semalam aku kerja pagi..tapi pukul 8 masih ada dekat rumah..orang diwad dah telefon..mana tak sampai-sampai lagi..tengok jadual patutnya kerja petang..kelam kabut lah bangun sambil kejutkan Irfan yang masih tidur.bila sampai je dekat wad..memang tak henti-henti kerja.langsung tak sempat duduk.

tengahari tu sepatutnya kena hantar pesakit ke Hospital lain (transfer).tengah sibuk-sibuk menguruskan nak naik ambulan..datang kakak yang jaga pesakit katil 2.

"misi...misi cuba tengok kenapa dengan mak saya ni"

aku pun bangun cepat-cepat pergi tengok...pesakit tu dah gasping! aduh! cepat-cepat cari cardiac monitor,pasangkan mesin BP,check Glucometer..dah tinggalkan pesakit yang nak transfer tu..sementara tunggu Doktor datang,bagi oksigen dulu..BP,pulse dan spo2 memang dah unrecordable dah..aku pun panggil    kakak yang tadi..aku cakap kat dia supaya ajarkan mengucap semua..dalam hati aku berdebar..nak saja aku buat CPR..tapi pulse masih ada di cardiac monitor.nak tak nak kena tunggu doktor datang..

Bila doktor datang.memang dah comfirmkan kematian.aku pula yang tak dapat menahan sebak.teringatkan kata-kata dan perilaku mak cik tu pagi tadi..

*imbas kembali*

semasa beri ubat mak cik tu...mak cik tu berkata pada aku..

"misi..mak cik minta maaf banyak-banyak..mak cik banyak marah-marah pada korang.."

aku cakap yang aku memang tak pernah ambil hati pun kata-kata mak cik tu...dah memang tugas aku macam tu..tak pernah pun terasa..dan dah lama maafkan mak cik tu..
mak cik tu tetap tak henti-henti minta maaf...kepada anaknya pun dia minta maaf..
selain tu..makan pun banyak..selalunya mak cik tu tak banyak makan...asal makan je muntah..tapi hari ni ok je..siap pesan dekat anak dia(kakak yang tadi) agar bawa durian untuk aku..

aku selalunya ok sahaja berhadapan dengan kes-kes kematian di wad..tapi kali ni air mata aku menitis juga..aku pernah ceritakan perihal mak cik ni di blog sebelum ni..Disini..

Al-fatihah...doakan Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. Al-Fatihah. Moga makcik ditempatkan bersama org2 yang beriman. Bukan senang nak jadi misi. Mental dan fizikal kena kuat.

    ReplyDelete
  2. Salàm,
    kita sedekah alfatihah pada aruah.pasal rmh ttongkang pecah tu ambik je org gaji.

    ReplyDelete
  3. al-fatihah...

    semoga roh makcik dicucuri rahmat...

    baru aku faham, ape itu maksud maaf memaafi...

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE