Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Ramai diantara kita yang ingin sekali berumahtangga dengan insan yang dicintai.itu sudah lumrah.jarang sekali yang mengambil keputusan untuk bernikah tanpa rasa cinta.melainkan dipaksa oleh mak ayah..tetapi,ada lagi ke zaman sekarang perkahwinan yang diatur?
Namun,ada juga yang berkahwin bukan hanya kerana cinta termasuklah bagi Shaliana Mohd Misnan.
Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.
Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.
Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.
Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.
SHALIANA (kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah. Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.
“Saya tawarkan diri sebab ada pengalaman menjaga arwah suami dan yakin mampu menjaga Pak Berahim dari segi mental dan fizikal.
sumber: mymetro
wahhh..tabik la..
ReplyDeletejarang nk jumpa org kahwin berniat utk membantu org lain~
Kalau nawaitu betul, maka betullah segala yg akan berlangsung kemudiannya. Kita hanya dapat melihat lahiriah sesuatu tetapi kadang-kadang tidak semua yang kita lihat adalah gambaran apa yang sebenarnya berlaku...
ReplyDeletesiyesly.....semoga dipermudahkan Allah :)
ReplyDeletejika dia benar2 ikhlas, moga apa yg dia korbankan ni dipermudahkan dan mendpt pahala berlipat ganda..
ReplyDeletetak sangka. baik orgnya. cntik, tanah & redha dlm menjaga keadaan arwah suaminya
ReplyDeletexbyk wanita mcm dia..kn arra
ReplyDelete