Thursday, February 21, 2013

Percaya Atau Tidak : Fakta Pelik Fakta Menarik



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


kutu dapat melompat hingga 30cm,dua puluh kali panjang tubuh mereka sendiri.

Pada Tahun 1783 sebuah letusan besar di iceland telah mengakibatkan debu yang tebal dan banyak sehingga boleh menutup matahari selama sesaat di Eropah.

Kompleks industri Cubatao di Brazil dikenali sebagai lembah maut kerana kesan dari operasi kompleks itu telah menghancurkan pokok-pokok dan sungai-sungai berhampiran dengannya.

sekitar 20-30 gunung berapi meletus setiap tahun,sebahagian besar dibawah laut.


Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut aufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya ahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. 


seekor katak panah emas beracun boleh membunuh lebih dari 1500 orang dengan racunnya.

burung helang pemburu boleh melihat mangsanya sejauh lebih dari 8km.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan

Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu lari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

Nama yang paling banyak digunakan diseluruh dunia adalah Muhamad

Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk adalah Madu

Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

1 comment:

  1. serius lipstik ada sisik ikan??

    mcm geli je nak makan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE