Sunday, February 17, 2013

Pantang Larang Semasa Hamil.Adakah mitos?


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semasa hamil,mesti ada yang mak ayah atau atuk mereka pernah berpesan akan pantang larang untuk sepanjang 9 bulan mereka mengandung.kadang-kadang ia hanyalah mitos yang langsung tidak boleh dipercayai.Namun,disebaliknya ada juga yang boleh diguna pakai.Disini,aku kongsikan beberapa pantang larang yang pernah aku dengar.

Jangan makan nenas pada trimester pertama-dikhuatiri bayi akan gugur.

Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya-dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

Apabila kandungan 7 bulan, jangan makan ikan berbisa seperti pari, ikan sembilang-akan merasa bisa ketika melahirkan.

Jangan banyak minum ais-dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

Elakkan minuman bergas dan kafein-dikhuatiri kandungan mudah gugur.

Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)-dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

Jangan mengetuk dinding rumah-dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

Jangan mandi malam-dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.

Kurangkan makan pisang-pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

Jangan memburu atau membunuh binatang. (bagi suami yang minat memancing, elakkan memancing ketika isteri hamil, dikhuatiri anak dilahirkan sumbing)

Jangan makan betik muda-getah yang ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Jangan makan pulut-nanti anak gagap/laluan bersalin susah nak terbuka.

Jangan duduk di anak tangga-anak sukar keluar semasa bersalin.

Elak lalu dibawah jemuran kain-tali pusat anak terbelit.

Kurangkan makan buah oren-dikhuatiri bayi dilahirkan banyak kahak.

Elakkan membuat kerja-kerja menjahit-dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

Apabila terlihat benda yang pelik, cepat-cepat beristighfar-dikhuatiri bayi akan mengenan.

Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.


Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.



Jangan siang ikan. Nanti anak sumbing.



Jaga tingkah laku, percakapan dan pergaulan. Nanti pengaruhi anak.

Kalau ada yang boleh diguna pakai,silakan..Namun,dari segi perubatan..tiada langsung pantang larang..termasuklah berpantang selepas bersalin.Namun,apa yang orang tua beritahu itu mungkin ada hikmah disebaliknya.dan setiap pengalaman hamil adalah berbeza bagi tiap-tiap orang..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE