Sunday, February 10, 2013

Tips mula kerja ditempat baru



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Tiada yang lama,tiadalah yang baru..
sudah semestinya korang merasa takut untuk mula kerja ditempat baru..memikirkan kerja lagi,memikirkan rakan sekerja lagi malahan memikirkan bos baru...eiii...takut kan??

macam junior tempat aku tu.aduh..memang tak tahu buat apa..dah la tak suka bertanya..menyusahkan orang..ceh!! mengata orang.aku dulu,waktu masuk kerja pun lebih kurang juga orang ngata kot...haha..tapi aku ni tak segan nak bertanya..itu yang penting..

kita ikuti Tips mula bekerja yang aku sediakan ni..semoga kita sama-sama dapat manfaat.

Tips Mula Bekerja Ditempat Baru

1.Jangan malu bertanya
ini yang paling penting sekali..kalau tak tanya memang sesat jalan.mungkin ditempat kerja lama lain caranya dan ditempat kerja baru pula lain caranya..kalau kita tak tanya,memang sampai bila-bila kita tak tahu...bagi aku,walaupun tahu tanya juga sebab takut tersilap..

2.Hormati staff yang lebih lama
hormati mereka yang dah kerja lama berbanding kita meskipun jawatan korang lebih tinggi..tak matinya kalau hormat kat orang..orang lagi suka kita..cuma jangan sampai orang pijak kepala kita.

3.Berhati-hati
Tak kiralah dari segi kerja ataupun berkawan..perlu melakukan kerja dengan betul-betul teliti agar kita dipercayai..manakala berhati-hati dalam bercerita pada orang lain.tak semua orang sukakan kita.

4.Jangan lewat dan cuti sesuka hati
Jangan sesekali datang kerja lewat.ini mendatangkan imej diri yang buruk kepada orang lain..dan jangan cuti sesuka hati yang boleh mendatangkan kesusahan kepada staff lain.

5.Mengikut rentak
bak kata pepatah lama..masuk kandang kambing mengembik,masuk kandang harimau mengaum..
ikut sahaja apa yang staff lama buat...jika ada yang korang tak suka,simpan dalam hati..lakukan perubahan sedikit demi sedikit.kadang-kadang mereka yang lebih lama kerja tak sukakan perubahan kerana dah terbiasa bekerja dalam situasi yang sama.

6. Tak lokek / suka membantu
Suka membantu orang akan menjadi satu bonus buat korang..tak susah menghulurkan tenaga jika perlu untuk membantu orang lain akan menjadika korang staff yang disenangi ramai.bila kita membantu orang lain,satu hari nanti orang akan bantu kita pula.

banyak lagi tips-tips  yang boleh dikongsikan..namun,cukup jika korang amalkan yang ini..mudah-mudahan korang akan disenangi ditempat baru.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE