Wednesday, February 20, 2013

Sempitnya Pemikiran orang kita!


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Amacam?? tajuk mengancam tak? hehe..
sesi untuk melepaskan perasaan tanpa mengganggu gugat sektor kewangan negara!

Aku sedih!! tiap-tiap kali isu yang sama sahaja jika berkisarkan tentang kejururawatan..kenapa ya?? mentaliti orang kita memang macam tu agaknya..tidak boleh berfikir tentang perkara-perkara yang positif.
Beberapa hari yang lepas aku terbaca tentang satu aduan tentang Jururawat disalah sebuah Page di facebook yang mana menceritakan tentang jururawat yang tidak menyalin pampers mak dia sampai dah kering-kering bagai..

Aku tidak menyalahkan orang yang membuat aduan ini.mungkin dah tabiat orang kita memang nakkan penjagaan yang terbaik untuk keluarga sendiri.tetapi aku rasakan yang mustahillah seorang jururawat tu membiarkan pesakitnya bergelumang dengan t**i sampai kering..melainkan memang perlu menyiapkan kerja mereka ataupun bila pesakit tidak beritahu mereka dah buang air.aku sendiri pun..kalau dah pesakit beritahu dia buang air.memang perlulah membasuhnya kecuali kalau ada anak-anak mereka yang sukarela ingin membantu.

kadang-kadang anak-anak masa mak mereka sakit macam tu..apatah lagi dah buang air,memang nak sentuh pun geli..bila mak cakap dia buang air..dah hilang entah kemana..semuanya mengharapkan nurse.kadang-kadang jururawat juga ada tanggungjawab yang lebih besar untuk disiapkan..apalah salahnya anak-anak ini mengambil inisiatif untuk membantu membersihkan mak mereka sendiri??

Walaupun baru setahun jagung dalam bidang nursing,itulah yang aku lihat..masa aku jadi student dulu pun ada..anak-anak datang masa melawat sahaja..langsung tiada yang menjaga semasa mak dia diwad tu..yang tahu,bila datang nak komplen..misi tak buat itu,misi tak buat ini.sedangkan..dia hanya berada disitu hanya beberapa minit??? kalau yang macam ni memang aku sembur lah..

pernah sekali,aku minta anak pesakit melakukan suction kepada mak dia.sebab bila balik nanti pun pesakit itu akan memerlukan suction juga..tujuan aku supaya dia menggunakan teknik yang betul semasa melakukan suction..tetapi,dia marah-marah sebab tak dapat sedut kahak mak dia.katanya aku bagi mesin yang rosak.tak nak bagi yang berkualiti kepada mak dia..
seriously memang aku bengang sambil berkata sinis...

"kak,mesin kita walaupun buruk masih boleh nak tolong pesakit macam mak akak..kalau dah teknik yang akak guna tu salah memang la tak dapat sedut kahak"

lalu aku tunjukkan teknik yang betul..dan elok-elok sahaja mesin tu sedut kahak..agaknya kakak tu malu,angkat beg terus berlalu pergi....lantak lah..ini golongan orang-orang yang bodoh sombong..kalau tak diajar,sampai bila-bila pun macam tu..

Anak-anak  ni..bab yang paling besar diorang memang payah nak tolong adalah PAMPERS!! padahal masa dia kecil,mak dia juga yang pakaikan lampin dan basuh punggung diorang...anak tak sedar diri..
ada pak cik masa aku student dulu sampai nangis-nangis masa aku cuci punggung dia..bila ditanya kenapa...katanya,anaknya sendiri pun geli nak bersihkan..Astaghfirullah!! sangat sedih rasanya...beginikan anak-anak zaman sekarang...bagaimanakah hendak dikatakan Syurga ditelapak kaki ibu?? bagaimanakan hendak dibalas jasa-jasa ayah??

anda ada akal....anda fikir!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

7 comments:

  1. setuju...kenapa kita nak salahkan org lain kalau kita boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  2. tu lah... setuju juga ni..

    p/s: cuba tengok tutorial ni http://www.mialiana.com/2012/11/google-followers-sudah-dipasang.html

    ReplyDelete
  3. sepatutnya benda yg anak2 boleh buat , jgn serahkan 100% kat nurse , sebab tu tanggjwb anak kpd parents dia.... kalau tak reti nak buat , tanya la nurse....

    ReplyDelete
  4. setuju sangat... saya keje unit hasil kak.. kadang2 ada anak2 yang bila daftar masuk wad, kita mintak deposit rm20 pun dia pergi mintak duit kat mak dia.. pastu kalau keluar wad.. semua gigih nak mintak diskaun walaupun sendiri pakai kereta mewah.. mak bapak cuma diam je duduk kat kerusi.. huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. Perkongsian pglmn yg menarik..utk renungan bersama.

    ReplyDelete
  6. Sebab tu lah orang kata, ibu bapa boleh menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu atau bapa.....Apa pun, JR percaya hukum karma pasti berlaku: anak2 yg enggan menjaga kedua org tua mereka, mereka akan melalui pembalasan yg sama apabila anak2 mereka nanti akan melakukan perbuatan yg sama kpd mereka....

    ReplyDelete
  7. tokwan saya pernah sakit dan saya sebagai cucunya tolong tukarkan pampers. hm geli , tapi saya pikir yelah kot kot mak yang sakit pulak lepas ni, saya kene buat semua ni kan. saya setuju sangat dengan akak. :) tp mula2 memang geli dah lama ok. saya sekarang pun tolong jaga tokwan saya. mereka yg akak ckp tu mungkin banyak hal diluar tu yg tak boleh nak jenguk lama2. mungkin kan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE