Thursday, February 21, 2013

Sukarnya Lelaki luahkan Maaf



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Apakah yang menjadi sebab utama lelaki sukar meluahkan kata maaf?? adakah kerana ego semata-mata?
besar sangatkah ego mereka sehingga payah nak menjaga hati insan-insan disekelilingnya dengan mengucapkan kata-kata kemaafan?
terlebih lagi insan yang paling dia sayang?

mungkin lelaki-lelaki ini mementingkan maruah diri mereka sehinggakan mengenepikan perasaan insan yang dia sayangi.

selain ego,lelaki juga akan mengelakkan menunjukkan kelemahan diri mereka secara terang-terangan.jadi,sebab itulah mereka lebih suka mendiamkan diri daripada meminta maaf.payahlah kalau semua lelaki macam ni..mereka ingat mereka terlalu hebat untuk meminta maaf sedangkan itulah perkara yang paling dimahukan setiap wanita.

Ataupun mereka merasa maaf mereka payah untuk diterima oleh kaum wanita,mereka berperang dengan perasaan sendiri samaada mereka perlu cakap ataupun tidak.mereka takut jika maaf itu tidak diterima..
nama lagi lelaki ni ego dan tidak boleh menerima kekalahan..lagilah perasaan itu bercampur baur.

Dan lelaki-lelaki jenis yang sukar meminta maaf ni harus berasa tergugat dengan kedudukan ini kerana kebanyakan wanita lebih suka mengundurkan diri meninggalkan lelaki yang memang tiada perkataan maaf dalam kamus hidupnya.

Kadangkala mereka hanya menyedari kepentingan ucapan itu apabila mereka telah hampir kehilangan ataupun telah merasai kehilangan.Namun,kita juga harus menyedari tidak semua orang boleh mengucapkan maaf dengan penuh keikhlasan...


Seperti aku juga..selalu sahaja merasakan yang perkataan maaf itu penting disaat kita merasa terluka dengan segala tindak-tanduk insan bernama lelaki,Namun, aku terfikir...Pengalaman-pengalaman dulu telah mengajar aku memandang suatu perkara dari pelbagai perspektif. Di dalam keadaan ini, aku memilih untuk terus memandang kehadapan dan memaafkan dia.

Pada korang yang membaca, aku harap korang juga seperti aku. Memilih jalan untuk memaafkan, biarpun sekian lama hati disakiti. Memang bukan jalan termudah, tetapi bukan mustahil. Sesungguhnya korang sendiri yang menentukan segalanya. Namun, percayalah kuasa kemaafan kerana disebaliknya terdapat keindahan keamanan.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. hehe, ego tinggi mengalahkan KLCC. yup, forgive and forget :D

    ReplyDelete
  2. Kesukaran memohon maaf bukan kerana latar belakang jantina, ada lelaki yg sangat pemaaf contohnya Nabi SAW. JR juga pemaaf, terlalu pemaaf sehingga seringkali disindir oleh isteri kerana katanya keterlaluan berperi kemanusiaan....

    ReplyDelete
  3. depends atas orang dan sekitar dia jugak...=D

    ReplyDelete
  4. bab maaf ni xsemua kot..tp yg ego ye xdnafikn..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE